“Sejak Bujang, Bercinta, Tunang, Kahwin Hingga Anak 5…,” – Lebih 2 Dekad Dalam Dunia Radio, Ag Azmeer Rakam Ucapan Dedikasi

Share

Pengacara dan penyampai radio, Ag Azmeer menyifatkan industri penyiaran radio sememangnya memainkan peranan besar di dalam kehidupannya.

Menurut Ag atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat, dia bersyukur kerana berpeluang untuk berkhidmat didalam bidang disukainya itu untuk lebih dua dekad kini.

Dedikasi tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada lima orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram bersempena dengan sambutan Hari Radio Sedunia 2022 pada Ahad.

“ALHAMDULILLAH dan terima kasih dunia RADIO. Sedar tak sedar 22 tahun tanpa henti saya mendambakan diri saya dalam dunia Radio ni, since 2000 until now.

“Sejak bujang, bercinta, tunang, kahwin alhamdulillah hingga anak lima orang semua Ag berada dalam dunia Radio,” tulisnya.

Katanya lagi, antara momen-momen yang tidak dapat dilupakan apabila dia dinobatkan sebagai penerima anugerah Malaysia Prestigious Industries Award bagi kategori, Excellent Achievement Award Radio Broadcast Industry.

Dikesempatan itu juga, penyampai radio, Hot FM ini turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang menyokongnya selama ini.

“Alhamdulillah dikurniakan penghargaan dalam Malaysia Prestigious Industries Award, EXCELLENT ACHIEVEMENT AWARD RADIO BROADCAST INDUSTRY…

“RADIO sangat besar maknanya dalam hidup AG. Terima kasih semua secara langsung mahupun tidak yang sama-sama berjalan mengharungi dunia radio bersama saya.

“Anda tahu siapa anda. Yang Ag kenal mahupun tidak, terima kasih. SELAMAT HARI RADIO SEDUNIA,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Ag akan lebih sukses pada masa akan datang.

“Awak memang terbaik bang!

“Tahniah AG. Selamat Hari Radio the living legend.

“Tahniah abg AG. Sy ‘kenal’ suara abg AG dr best 104 lagi

“Alhamdulillah, taniah. Moga terus maju jaya Abang AG,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Ag kini merupakan salah seorang penyampai yang mengendalikan program pagi, Rakyat Rangers bersama rakan penyampai Fara Fauzana dan Fad Bocey.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Ag Azmeer

IKLAN