“Sehari Je Lockdown Dah Cenggini,” – Zila Bakarin Kongsi Keadaan ‘Lockdown’ India, Kena Rotan Andai Ingkar

Share

Tujuh hari Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan namun menurut Angkatan Tentera Malaysia, kira-kira tiga juta rakyat masih gagal mematuhi peraturan.

Pelakon Zila Bakarin berkongsi beberapa rakaman video menunjukkan keadaan yang sedang berlangsung di India sejurus selepas Perdana Menteri, Narendra Modi, mengumumkan perintah berkurung.

Setiap individu yang keluar dihambat dengan rotan demi memastikan perintah berkurung dapat dilaksanakan dengan berjaya demi mengurangkan risiko wabak Covid-19.

“Ni kat INDIA.. sehari je lockdown dah cenggini.. klu kat m’sia???… kompom byk bunyi… paham tak.. kt ni pun dah mals ddk umah.. org cam sy ni.. tak keje tak de duit… paham la rakyat MALAYSIA

📣📣📣 #stayathome

#dudukrumahsetannn,” kongsinya.

Rata-rata netizen menyarankan agar kerajaan lebih bertegas bagi mengelakkan tragedi yang sama berlaku di Itali.

Sehingga kini, kes kematian akibat wabak COVID-19 meningkat ke angka-15 selepas seorang lelaki yang merupakan kes ke 1519 dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 5.35 pagi tadi.

Foto : Instagram Zila Bakarin

IKLAN