Ads

“Segan Nak Masuk Progam Anugerah, Ada Yang Kata Zaman Saya Sudah Habis,” – Ryan Bakery

Pempengaruh Ryan Bakery mengakui tidak menyangka namanya masih lagi menjadi pilihan peminat untuk memenangi kategori Digital Content Creator Paling Viral di Anugerah Paling Viral Online 2025, baru-baru ini.

Menurut Ryan, sejak kebelakangan ini ramai berpendapat namanya tidak relevan lagi susulan kemunculan pembikin kandungan baharu yang lebih menonjol di media sosial.

“Segan Nak Masuk Progam Anugerah, Ada Yang Kata Zaman Saya Sudah Habis,” – Ryan Bakery

“Saya tak percaya bila nama diumumkan sebagai pemenang anugerah ini. Mungkin ini adalah rezeki bagi penutup tahun 2025. Segala berlaku disebabkan sokongan peminat.

“Saya sebenarnya sudah agak segan nak masuk program anugerah seperti ini. Ada yang kata zaman saya sudah habis. Alhamdulillah rezeki saya masih ada lagi.

“Bila orang kata zaman saya sudah habis, saya terima sahaja. Namun, saya masih Ryan Bakery yang sama. Saya tak kejar populariti.

“Saya tetap kena teruskan kerana bidang penghasilan konten ini merupakan sumber rezeki sepenuh masa saya,” katanya kepada MH.

Tak Ambil Hati Kecaman, Fokus Kerja

Jelas Ryan lagi, dia kini lebih memilih untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerja-kerjanya dan enggan mengambil pusing tentang kecaman daripada orang luar.

Ads

“Segan Nak Masuk Progam Anugerah, Ada Yang Kata Zaman Saya Sudah Habis,” – Ryan Bakery

“Dahulu mungkin saya cepat terasa namun kini, tak semua perkara saya ambil dan masukkan dalam kepala. Hal-hal yang tak perlu, saya tak perlu nak fikir.

“Apa sahaja orang nak tulis, saya biarkan sahaja. Setiap manusia berhak untuk berkata-kata.

“Kalau saya pilih untuk baca, saya akan lagi sakit. Apa gunanya? Kalau orang nak mengata, saya pilih untuk buat hal sendiri sahaja.

“Yang penting, saya akan terus menghasilkan konten untuk menghiburkan peminat dah cuba sesuatu yang baharu,” kongsinya lagi.

Ads

Sebagai bapa kepada seorang cahaya mata, Ryan mengakui dirinya kini perlu lebih kreatif dalam mencari idea baharu, terutamanya bagi memenangi hati generasi baharu.

“Segan Nak Masuk Progam Anugerah, Ada Yang Kata Zaman Saya Sudah Habis,” – Ryan Bakery “Segan Nak Masuk Progam Anugerah, Ada Yang Kata Zaman Saya Sudah Habis,” – Ryan Bakery

“Ketika ini, cabaran terbesar saya adalah untuk masuk ke dunia komedi gen z. Saya tak boleh nak terus kekal dengan konten-konten nostalgia sahaja.

“Makin lama, orang sudah tidak boleh relate lagi kerana generasi baru sudah meningkat dewasa.

“Untuk jadi seorang penghibur, saya kena masuk ke dunia mereka. Mungkin agak sukar saya nak faham tapi ia perlu agar nama saya dapat terus kekal relavan,” ujarnya lagi.

Ads

Bukan Merajuk, Tapi…

Dalam masa sama, Ryan turut menafikan dakwaan dirinya merajuk susulan jarang memuat naik kandungan di media sosial.

Sebaliknya, dia menjelaskan kesibukannya kini berpunca daripada peluang baharu yang diterima, termasuk kepercayaan untuk mengarahkan telefilem pertamanya sendiri.

“Nak kata merajuk itu tidaklah. Saya kini sedang cuba bidang baharu. Saya ada menerima tawaran untuk berlakon filem pada tahun hadapan.

“Saya juga diberikan kepercayaan untuk mengarahkan sebuah telefilem daripada pihak Astro. Namun, segalanya masih diperingkat perbincangan.

“Mereka berikan saya satu slot untuk telefilem. Ideanya daripada saya dan saya mengarahkan sendiri. Ini adalah peluang yang besar buat diri saya untuk cuba satu yang baru.

“Sebelum ini, saya hanya buat konten-konten pendek. Kali ini durasinya satu jam. Kini saya belajar cara-cara buat skrip dan jalan cerita. Bila dapat peluang seperti ini, takkan saya nak lepaskan pula,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Bila Naik Pentas, Lidah Saya ‘Keras’,” – Mark Adam Reda Kena...

Walaupun berjaya menghiburkan penonton menerusi lagu Cari Tapak, penyanyi Mark Adam terpaksa menerima hakikat apabila hanya menduduki tempat keenam pada konsert minggu ke-8 Gegar Vaganza 12 (GV12) susulan isu terlupa lirik.
error: Hello. Cannot.