“Segalanya Berjalan Lancar,” – Elfira Loy Terima Dos Pertama Vaksin AstraZaneca, Update Kesan Selepas 24 Jam Suntikan

Share

Pelakon Elfira Loy memaklumkan dirinya telah selamat menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZaneca di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebagai antara langkah mengekang jangkitan Covid-19.

Di samping berkongsi foto selepas mendapatkan dos tersebut, Elfira atau nama lengkapnya, Nurul Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Ibu kepada seorang cahaya mata berusia 27 tahun ini memberitahu, masih awal untuk berkongsi mengenai sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin tersebut.

“Alhamdulillah , i’ve done my part. First vaccine done, segalanya berjalan lancar & soo easy di UKM Bangi.

“Walau apapun of course its still early to talk about the symptoms, i’ll share more tomorrow after 24hrs okay #CucukmyAZ apatah hashtag kakak tu suruh letak tadi lupaa sorry,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon dan model terkenal Kavita Sidhu merupakan antara selebriti terawal menerima suntikan vaksin jenis AstraZaneca.

Foto: Instagram Elfira Loy

IKLAN