Pelakon Elfira Loy memaklumkan dirinya telah selamat menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZaneca di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebagai antara langkah mengekang jangkitan Covid-19.
Di samping berkongsi foto selepas mendapatkan dos tersebut, Elfira atau nama lengkapnya, Nurul Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
Ibu kepada seorang cahaya mata berusia 27 tahun ini memberitahu, masih awal untuk berkongsi mengenai sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin tersebut.
Ads
“Alhamdulillah , i’ve done my part. First vaccine done, segalanya berjalan lancar & soo easy di UKM Bangi.
“Walau apapun of course its still early to talk about the symptoms, i’ll share more tomorrow after 24hrs okay #CucukmyAZ apatah hashtag kakak tu suruh letak tadi lupaa sorry,” tulisnya.
Isteri kepada anggota kumpulan Indigo, Bad iaitu penyanyi Ashira Aziz mendedahkan suaminya telah pun menjalani pembedahan bagi membuang tiga jari kaki sebelah kiri akibat diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.
Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah,46, sebelum Ramadan lalu turut menjalani prosedur sama bagi membuang salah satu jari kaki sebelah kiri.
“Sekarang kaki kiri tinggal ibu jari saja. Empat lagi sudah dipotong. Suami masih lagi ditahan di hospital sebab takut ada jangkitan bakteria di ibu jari kaki pula.
“Keadaan dia okay, tapi ada beberapa prosedur lain lagi yang perlu dibuat selama beberapa hari sebelum dibenarkan keluar. Doktor nak pastikan semuanya betul-betul okay.
“Ingatkan dapat sambut Aidilfitri bersama suami dan anak-anak, tetapi ada dugaan lain,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Berkongsi lanjut, Ashira turut melaluahkan rasa bimbang dengan penularan Covid-19 ketika ini yang boleh membawa kepada suaminya termasuk dalam golongan berisiko tinggi.
“Ikutkan sudah hampir seminggu tidak dapat melawat dia di hospital. Pada awal-awal dulu boleh melawat lagi, tetapi disebabkan angka kes positif Covid-19 yang semakin tinggi kami tidak dibenarkan melawat langsung.
“Suami sendiri sudah beberapa kali bertukar wad. Itulah yang dibimbangkan juga sebab dia boleh dikatakan berisiko tinggi. Memang harap sangat boleh keluar hospital lebih awal,” katanya lagi.
Ashira yang sinonim menerusi lagu Di Ombak Resah melangsungkan pernikahan bersama Bad pada 11 Mac lalu.
Pasangan selebriti ini berkenalan selepas sama-sama menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Sumbar, Foto: Harian Metro, Instagram Bad Indigo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak, Lan Pet Pet tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar berhubung dakwaan dia telah memukul seorang penghantar makanan di tepi jalan seperti yang tular di platform media sosial baru-baru ini.
Memetik laporan Berita Harian, Lan memberi tahu, ketika dia sedang memandu di hadapan Kedutaan Rusia yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dia ternampak penghantar makanan terbabit sedang menggunakan telefon bimbit sambil menunggang motosikal di tengah-tengah jalan.
Bimbang perbuatan pemuda berkenaan bakal mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya, malah pengguna jalan raya yang lain, Lan memutuskan untuk menegur dan bersemuka dengan individu terbabit.
“Saya menegur pemuda itu… Tindakannya (menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal) amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.
“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi.
“Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.
“Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja,” katanya seperti yang dipetik.
Video berdurasi 24 saat yang dirakam seorang pengguna jalan raya itu nyata menarik perhatian ramai pihak sehinggakan menjadi antara topik hangat dikalangan netizen.
Menerusi video berkenaan, anggota kumpulan Senario itu dilihat telah merangkul dan memukul kepala lelaki berkenaan sebelum ditenangkan oleh beberapa orang awam.
Pada masa sama, Lan juga dikatakan telah melemparkan kata-kata amaran buat individu berkenaan.
Dalam pada itu, Lan turut memaklumkan dia juga telah pun membuat laporan polis terhadap individu yang telah merakam dan menyebarkan video tersebut.
“Saya juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.
“Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata, tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.
“Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah,” katanya lagi.
Lan turut menambah, dia sebolehnya mahu isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik sebelum menjelangnya hari raya.
“Kami akan bersemuka di balai polis untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara kami.
“Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama,” akhirinya.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Datuk AC Mizal percaya rancangan realiti terbaru, All Together Now Malaysia (ATNMY) sedikit sebanyak mampu memberikan keceriaan buat mereka yang ketika ini sedang berdepan dengan pelbagai kesukaran semasa.
Jelas AC, program ini bukan sahaja membuka pintu rezeki buat para selebriti dan kru-kru yang terlibat tetapi juga buat mereka yang ingin mengubah kehidupan.
“Ada dua aspek kita perlu lihat di dalam program ATNM ni. Pertama sekali adalah penglibatan daripada semua artis-artis dan tenaga kerja. Daripada kru yang hidangkan makanan sehinggalah yang menyempurnakan segala hal, sekurang-kurangnya mereka masih ada pekerjaan pada waktu sukar ini.
“Yang kedua pula, Astro sememangnya akan menayangkan pelbagai rancangan baru sebagai hiburan buat mereka yang berada di rumah. Kita tetap perlukan hiburan untuk sentiasa positif,” katanya kepada MH.
AC yang bakal bertindak selaku kapten juri ini turut berpendapat, program berkonsepkan hiburan ini sememangnya amat diperlukan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.
“Kalau kita sentiasa disajikan dengan berita-berita yang negatif, kita bukan sahaja boleh murung, tetapi kita tidak boleh untuk meneruskan kehidupan secara normal.
“Kerana ketika ini, inilah norma baru. Walaupun suasananya tidak seperti yang dahulu, sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan segala tekanan.
Pengacara program Sembang DAC ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program All Together Now yang berlangsung secara virtual pada Selasa.
Katanya lagi, dia juga berasa amat teruja kerana program seumpama ini telah membuka ruang buat orang di luar sana untuk mengubah nasib mereka.
“Saya tahu pasti ada juga pihak yang akan mengkritik tapi kita kene tetap positif. Walau bagaimana sekali pun, kerja harus dijalankan. Kami sebagai selebriti tanah air pun memang ini cara kami mencari rezeki.
“Ramai diantara peserta memberi tahu, mereka telah diberhentikan kerja, meniaga kuih tapi tidak laku, ada yang terpaksa tutup restoran dan ada juga bekas penyanyi busker.
“Mereka datang ke program ini untuk mencuba sesutu yang baru dalam perjalanan hidup mereka,” akhirinya.
Program ‘ATNMY’ ini telah diadaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together
Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.
Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku hos ini
terletak kepada jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar melibatkan
seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.
Konsert mingguan ‘ATNMY’ pula akan bersiaran dari Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Ria HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...