Sedondon Berkain Songket Bak Putera & Puteri Raja, Ini Sekitar Momen Indah Majlis Sanding Tasha Shilla, Atiq Idris

Share

Semalam, pelakon Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Muhammad Atiq Idris 33, dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi kira-kira jam 9.59 pagi Jumaat.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah 

dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni.

Terdahulu, keduanya ini sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas dan malam tadi, majlis resepsi telah pun dilangsungkan dengan cukup meriah.

Diraikan keluarga serta teman rapat pada majlis raja sehari, pasangan mempelai tampak berseri-seri sambil mengayakan busana tradisional kontemporari sedondon dalam material songket.

Turut menjadi saksi penyatuan dua jiwa, tema persandingan yang cukup intim sepertinya mengangkat warisan budaya Melayu begitu menarik perhatian tetamu yang hadir.

Malah, tarian tradisional juga menggamit memori indah majlis resepsi pasangan pengantin ini yang dilangsungkan di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Tasha menerusi Instagram ada berkongsi momen menarik sepanjang majlis, sambil memberikan kredit kepada semua pihak yang terlibat.

Semoga keduanya kekal bahagia hingga jannah.

 

Foto: Instagram Tasha Shilla

IKLAN