“Sedih, & Terkilan, Semua Ada…,” – Berpantang Di Rumah Famili Sebab Rumah Masih Renovasi, Ibu Bapa Ezzaty Abdullah Pula Positif Covid-19

Share

Pelakon, Ezzaty Abdullah memaklumkan dirinya kini terpaksa menjalani tempoh berpantang di kediaman ibu bapanya memandangkan rumahnya kini sedang didalam proses renovasi.

Bagaimanapun, khabar duka pula menimpa kedua ibu bapanya selapas mereka dilaporkan positif Covid-19.

Risau akan keselamatan cucunya, kedua ibu bapa Ezzaty memutuskan untuk keluar daripada rumah dan menjalani tempoh kuarantin di rumah neneknya yang terletak di Ampang.

Menurut pelakon drama KL Gangster Underworld ini, dia sememangnya berasa amat bersalah dengan situasi yang harus dilalui oleh kedua ibubapanya itu.

“Ya Allah, serba salah saya terpaksa berpantang di rumah parents sebab rumah saya belum siap. Bersepah dan berhabuk. Bising orang buat kerja lagi.

“Kesian baby saya kalau berpantang di rumah. Dengan tak ada dapur lagi. Tak boleh masak.

“Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Parents saya dua-dua positif Covid-19.

“Mula-mula mereka kuarantin di tingkat atas tapi sebab risau dan terlalu sayangkan cucu-cucu, mereka yang keluar dari rumah untuk kuarantin di rumah arwah nenek saya di Ampang sebab tak ade orang di sana,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Azwan Kombos itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Ezzaty turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya dapat kembali sembuh dan terhindar daripada wabak Covid-19.

“Sedih, serba salah, terkilan, semua ade. Parents saya pula yg terpaksa keluar dari rumah mereka sendiri.

“Saya risau sangat keadaan anak-anak saya terutama baby saya yang baru dua minggu. Doakan saya dan anak-anak semua sihat dan tidak dijangkiti covid ye.

“Doakan kami semua negatif dan doakan ibu, bapa, nenek, adik dan seluruh ahli keluarga saya yang lain cepat sembuh,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ezzaty.

Terdahulu, Ezzaty telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Februari lalu.

Sekadar informasi, Azwan dan Ezzaty telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 16 Julai 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Ezzaty Abdullah

IKLAN