“Sedih Rasa, Tapi Takpe Raya Haji Ada,” – Uqasha Senrose Tak Sempat Beraya Dengan Ahli Keluarga & Adik Beradik

Share

Pelakon jelita, Uqasha Senrose mendedahkan dia tidak dapat menyambut lebaran dengan sempurna bersama ahli keluarga sendiri susulan komitmen terhadap penggambaran.

Menurut Uqasha, dia dan suami yang juga pelakon dan hos, Kamal Adli kini tiba di Kuala Lumpur.

“Dah nak sampai KL , esok  (hari ini) dah start shooting balik, esok pagi gerak melaka pulak. Tak sempat nak raya belah family saya.

“Sedih rasa, tapi takpe Raya Haji ada. Heheehhe tak sabar. Missing my mama, papa, siblings so much. Takpe raya kan sebulan tapi dekat set la hahaha,” tulisnya menerusi Instagram.

Menerusi platform sama, Uqasha turut berkongsikan memori raya pertama bersama Kamal sebagai pasangan suami isteri.

Difahamkan, Uqasha menyambut lebaran di kampung halaman Kamal di Kedah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN