“Sedih Perubahan Macam Ni,”- UNIC Buat Pertandingan PUBG, Tapi Ada Kata Seperti Cemarkan Imej Muslim!

Share

Kumpulan nasyid, UNIC  kini dilihat sedang aktif mengadakan pertandingan online PUBG bersama masyarakat khususnya remaja.

Bagaimanapun, ada individu yang kurang bersetuju dengan tindakan anggota kumpulan nasyid berkenaan yang seolah-olah mencemarkan imej Islam.

“Saya sedih dgn perubahan UNIC. Is seperti mencemarkan peribadi Muslim.

“Kalian patut tahu yang kalian adalah duta Muslim. Making a game tournament is a really wrong decision. Harap kalian sedar semula,” tulis individu tersebut menerusi perbualan Direct Message (DM) di Instagram.

“Pandangan korang cane? Terima kasih atas pandangan.. adakah semua yang pemain pubg ini mencemar imej peribadi muslim?

“Jika event anjuran unic mencemarkan imej peribadi muslim, kat part mana? Nk kena tau x jgk utk unic perbaiki. Apa pn thanks kerana sygkan unic.

“Dak2 yg join ritu, ce bg komen sket,” tulis Fakhrul yang merupakan salah seorang anggota kumpulan UNIC.

Lalu, netizen ada meninggalkan komen pelbagai terhadap perkongsian tersebut.

Terdahulu, kumpulan yang popular dengan lagu Ainul Mardhiah ini mengadakan pertandingan PUBG bersama sekumpulan remaja dengan menggunakan tanda pagar #PUBGunicPaduBossku.

Foto: Instagram Fakhrul UNIC

IKLAN