Pengacara yang juga anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal meluahkan rasa kecewa apabila konsert WE 4U2C Live In Concert yang bakal menghimpunkan semula kumpulan itu menerima kecaman daripada segelintir netizen.

Menurut AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 53, dia hairan mengapa perkara sedemikian boleh berlaku.

Malah, komen negatif yang dilemparkan bukan sahaja menjatuhkan semangat, bahkan memberi kesan mendalam kepada emosi ahli kumpulan yang lain.

“Saya sebab dulu kami bujang. Sekarang ini bila anak-anak, isteri baca sampai ada di kalangan mereka yang depression, sakit.

“Kami hanya mahu meraikan 4U2C, itu saja. Itulah juga yang saya bagitahu kepada anggota yang lain.

“Malah sekurang-kurangnya kami dapat tunjuk kepada generasi sekarang, Malaysia pun ada boyband seperti K-Pop sebelum ini,” katanya.

Ads

Mewakili ahli 4U2C lain, AC berkata demikian sejurus sesi Busking Bersama 4U2C yang berlangsung di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Sedih Masih Ada Yang Kecam Konsert 4U2C, AC Mizal Hanya Minta 2 Jam Setengah… – “Kami Hanya Mahu Meraikan…” Sedih Masih Ada Yang Kecam Konsert 4U2C, AC Mizal Hanya Minta 2 Jam Setengah… – “Kami Hanya Mahu Meraikan…” Sedih Masih Ada Yang Kecam Konsert 4U2C, AC Mizal Hanya Minta 2 Jam Setengah… – “Kami Hanya Mahu Meraikan…” Sedih Masih Ada Yang Kecam Konsert 4U2C, AC Mizal Hanya Minta 2 Jam Setengah… – “Kami Hanya Mahu Meraikan…”

Hanya Mahu Cipta Kenangan

Dalam masa sama, AC menjelaskan mereka tidak pernah memaksa orang ramai untuk menyukai 4U2C, sebaliknya hanya mengharapkan sedikit penghargaan terhadap usaha mereka mencipta memori indah bersama peminat dan keluarga.

“Apabila dilemparkan komen tidak sepatutnya, sampai ada anak-anak kami yang bertanya, saya rasa cukup lah.

Ads

“Kita bukan minta yang tak suka itu untuk sukakan kami. Kita hanya mahu berkongsi serta nikmati satu pengalaman yang akan dicipta.

“Tak lama pun, bukan sebulan. Ia hanyalah dua jam setengah. That’s it. Datang dan nikmati persembahan kami. Lepas itu, tak ada dah (4U2C).

“Memang rasa sedih. Malah kalau saya ada peluang untuk buat persembahan di mana-mana program, saya selalu terfikir… ini sepatutnya ada ahli yang lain.

Ads

“Kepada yang tidak suka tidak mengapa, tetapi jangan sampai kecam melampau. Kita hanya nak membuat persembahan selama dua jam setengah, itu sahaja,” katanya lagi.

Konsert WE 4U2C Live In Concert akan berlangsung pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Konsert berskala besar itu turut menampilkan kemunculan istimewa beberapa kumpulan legenda lain, termasuk Res2 dan A to Z.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads