Demikian kata maestro muzik, Datuk Ramli MS susulan pemergian dua figura muzik terkenal tanah air iaitu pakciknya, Datuk S.Atan dan terbaru, Tan Sri Ahmad Nawab yang meninggal dunia pada petang Ahad, pada usia 92 tahun.
Menurut Ramli, dia menyifatkan dua tokoh muzik legenda itu sebagai mentor.
“Dia (Allahyarham Ahmad Nawab) mentor saya. Saya ke Malaysia sekitar 1981 dan mula bekerja dengannya pada tahun 1983. He loves me, okay. He loves me very much.
“Mengapa saya kata begitu, sebab pada tahun tersebut (era 80an), kita banyak hasilkan album dan dia tak akan teruskan rakaman kalau saya tak ‘free’.
“Dia akan tunggu dan kemudian bila berada di studio, dia akan bayar saya lebih dan berikan saya hadiah.
Ads
“Dan saya banyak belajar daripada dia, apa itu ‘commercial music’. Lagu dia, ‘senang’ saja tapi sampai sekarang orang akan ingat.
“Ibaratnya kalau pejam mata dan lagu itu berkumandang, orang sudah tahu itu lagu Ahmad Nawab. Identitinya sangat kuat,” katanya.
Ramli yang juga suami kepada penyanyi, Datin Alyah berkongsi cerita ketika ditemui sejurus konsert pertama Gegar Vaganza 11 (GV11) di Shah Alam, malam tadi.
Ads
Sementara itu, Ramli turut mengenang tunjuk ajar serta keperibadian baik Allahyarham S.Atan yang telah memberikan peluang kepadanya dalam seni.
S.Atan atau nama sebenarnya, Hashim Said pergi menghadap Illahi pada 16 November lalu pada usia 75 tahun di kediamannya di Kajang, Selangor, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Ads
“Pakcik saya ialah orang yang bertanggungjawab memberi saya peluang dalam bidang yang saya ceburi sekarang. Ketika itu saya berusia 15 tahun.
“Dia berikan peluang itu bukan kepada sembarangan orang, mungkin dia melihat saya ada potensi.
“Peluang yang diberikan pula bukan kecil, bagi saya ia satu perkerjaan yang berat. Tapi dia percaya dan suruh saya ‘lawan’.
“Dia mentor saya. Kalau tak ada dia dan tunjuk ajar dia, saya mungkin tak ada di sini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hujung-hujung minggu ni, MH ada terbaca cerita mengenai seorang pelakon lelaki yang kononnya ‘menyukai’ sifat yang ada pada penyanyi terkenal Siti Nordiana.
Pelakon yang dimaksudkan itu adalah Zoey atau nama sebenarnya Hairey Azhar Abd Rahman yang terkenal dengan wajah jambu ala pelakon Korea.
Walaupun tidak pernah mengaku perasaan sebenarnya, namun ramai peminat terutamanya pengikut perkembangan kedua selebriti ini menjadi teruja apabila mereka berdua mengerjakan umrah bersama pada 6 Disember yang lalu dan hubungan mereka dikatakan semakin rapat.
Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro baru-baru ini, Zoey sebenarnya menyifatkan penyanyi Bola-Bola Api itu hanya sekadar memiliki ciri-ciri wanita idamannya.
“Sebagai lelaki, memang akan mencari wanita yang memiliki sikap lemah lembut, penyayang, sopan santun dan bertanggungjawab pada keluarga untuk dipilih sebagai teman hidup.
“Kalau dilihat pada peribadi Nana, memang dia memiliki semua kriteria itu. Cuma, kenyataan saya tidaklah dituju pada Nana seorang tetapi secara umum buat wanita lain juga,” katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, dia sangat terbuka untuk bercerita soal jodoh jika ditanya namun tidak berniat untuk mencanangnya.
Baginya, setiap peminat mempunyai pandangan namun cukup sekadar setakat ini hubungan mereka hanya dianggap sebagai kawan baik, sekirannya sampai seru jodoh, mereka tidak akan berahsia.
Sebenarnya hubungan persahabatan mereka telah terjalin lama sejak zaman remaja, malah Zoey juga pernah berlakon dalam video klip nana beberapa kali. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka berdua kelihatan rapat.
Lagi pula Nana pernah memberitahu pihak media yang dia akui tidak mempunyai ramai kawan lelaki. Jadi mungkin kerana itulah mereka kelihatan agak rapat.
Selebriti dan penari, Alam Wakaka selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nurul Alisya Najwa Hazman, 19.
Majlis dilangsungkan dalam suasana sederhana tetapi meriah di kediaman pihak perempuan di Segamat, Johor dengan lima berbalas tujuh hantaran.
Alam atau nama sebenarnya, Haslam Abdul Rahman, 34, yang juga juara program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 sebelum ini pernah membintangi filem Sayang You Can Dance.
Sementara itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran yang ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, selaras dengan SOP yang telah ditetapkan berikutan sistuasi semasa yang berlaku.
Sama cantik sama padan, pasangan ini akan bertunanga selama enam bulan dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan.
Alam turut meminta agar semua yang mengenali dirinya agar dapat mendoakan kebahagiaan dirinya dan pasangan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Buat julung kalinya, peminat permainan sukan elektronik, Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dan peminat muzik tanah air disatukan dalam sebuah acara besar-besaran iaitu M6 Carnival yang bermula pada Jumaat di Tapak Parkir, KL Sport City, Bukit Jalil.