Sedih, Dr Mahathir Bersama Isteri Pulangkan Semula Darjah dan Pingat Kebesarannya

Nampaknya berita tentang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menyerahkan kembali darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran Selangor terjawab.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais melalui satu kenyataan kepada media hari ini.

IKLAN

Kecoh seketika di media sosial apabila isu Tun M telah menyerah segala Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua), membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita kepada seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Alam Shah tersebar daripada pengetahuan orang ramai.

Sungguhpun begitu, tindakan mewartakan pembatalan kurniaan ini akan dilaksanakan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan amat kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir yang cuba menghasut rakyat membenci dan menghina dan memandang serong terhadap bangsa bugis.

IKLAN

SUMBER : Sinar Online