Jenama fesyen, Rizman Ruzaini ada menitipkan doa buat isteri Rizman Nordin, Nurida Suraya terhadap perubahan penampilan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang kini tampil berhijab.
Ucapan tersebut diberikan seiring dengan ulang tahun kelahiran suaminya.
Satu pesanan khidmat masyarakat yang disuarakan pelakon dan hos, Uyaina Arshad mencuri tumpuan ramai.
Video berdurasi 1 minit 30 saat yang dikongsikannya melalui IG TV itu cukup padat mesejnya, antara lain meminta semua orang, dengan tidak mengira golongan untuk terus menjaga diri demi mengurangkan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.
Memberi gambaran situasi semasa, pengacara program Wanita Hari Ini itu turut meminta ramai untuk tidak saling menuding jari.
“Menteri sudah dikeji, VVIP sudah dicaci. Selebriti sudah dimaki, golongan kayangan sudah dibenci. Sebab kes yang semakin meninggi. Memang golongan ini kuat mengundang kontroversi.
“Tapi rakyat Malaysia yang lain semuanya berintegriti? Tiada yang rentas daerah curi-curi? Mintak surat dari pak polisi, untuk memenuhi kehendak hati?
“Kalau iya, takkan lah lebih raya Pantai Timur sesak selepas Aidilfitri? Tak kan lah itu semua menteri dan selebriti.
“Satu jari kita tunding pada seseorang, tiga kembali tunjuk pada diri-sendiri. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Sampai diri-sendiri pun culas dan lupa diri,” katanya.
Uyaina pada masa sama turut mengakui pendapat yang dilontarkan itu bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan untuk diri-sendiri juga.
“Tiada lagi zon hijau zon hijau di Semenanjung, abang. MAEPS dah tak cukup katil sekarang. Hospital Sungai Buloh pula simpan jenazah dalam kontena sebab tak cukup ruang.
“Yang ditakutkan bukan kes kematian, saudari. Tapi yang pulih dari Covid-19, dan hidup dengan komplikasi.
“Siapa makan cili, dia rasa pedas. Siapa yang pedas kata saya main cakap lepas. Rakyat marhaen mahupun golongan kayangan, saya bukan nak terus menyalahkan. Sekadar nak berikan peringatan juga kepada diri-sendiri.
“Tolonglah jaga SOP, kes semakin meninggi ni. Tak kanlah nak sambung PKP lagi dan lagi,” katanya lagi.
Sehingga kini, video berkenaan yang turut dikongsi ramai warga net dan sudah pun ditonton lebih sejuta kali bersama ribuan respon pelbagai yang ditinggalkan pada seksyen komen entri tersebut.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bapa kepada penyanyi Ayu Damit iaitu Damit Osiri, 72, terpaksa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, selepas tidak sedarkan diri, semalam.
Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit,32,bapanya menghidap penyakit kanser otak tahap empat sejurus dikesan mempunyai ketumbuhan pada bahagian kepala sebelum ini.
“Semalam ayah dibawa ke unit kecemasan selepas tidak sedarkan diri. Ketika itu doktor minta mak, adik beradik beradik saya dan keluarga lain bersedia bila masa-masa. Seolah-olah ayah sudah tidak ada harapan.
“Alhamdulillah, jam 3 pagi ayah sudah sedarkan diri selepas diberi rawatan di wad. Saya baharu saja dapat bercakap dengan dia. Difahamkan keadaannya stabil.
“Ayah disahkan menghidap kanser otak tahap empat selepas dikesan ada ketumbuhan dalam kepala.
“Sekarang ia sudah merebak ke bahagian lain pula. Insya-Allah semoga ayah terus kuat. Terima kasih atas doa semua,” katanya.
Ayu menambah, dia kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran pulang ke Sabah selepas kali terakhir berjumpa bapanya itu, Mac lalu.
“Sebelum puasa saya ada pulang ke sana. Sempat juga buat kenduri doa selamat. Ketika itu nampak ayah sihat saja. Saya cakap, nak pulang sambut hari raya bersama mereka.
“Malangnya, kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Jadi, tak dapatlah nak balik.
“Sekarang pun saya masih menunggu keputusan samada permohonan saya diluluskan untuk pulang atau sebaliknya. Dalam masa sama, saya buat ujian saringan Covid-19 terlebih dulu.
Apa pun, saya berdoa semoga dipermudahkan,” katanya lagi.
Perkembangan mengenai status kesihatan bapanya turut dikongsikan Ayu menerusi media sosial miliknya.
Pelakon senior, Shamsul Ghau Ghau atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Aliddin mendedakan dia pernah berkerja sebagai jurujual suatu ketika dahulu sebelum terlibat dalam seni.
Perkara itu dikongsikannya menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi foto lamanya, Shamsul meluahkan rasa bangga dengan pekerjaannya itu dulu sebelum mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.
“Pernah gak kerja kat Pejabat. Pernah gak pakai Tie. Bangga gak ler bila dapat kerja pakai Tie.
“Rupanya jadi Salesman ajer. Ok jer. Salesman pun kerja gak kan? #gambardulu,” tulisnya seroloh.
Meninjau ke ruangan komen, rata- rata peminat berkongsikan reaksi terhadap hantaran daripada pelakon berusia 53 tahun itu.
Untuk rekod, Shamsul dilahirkan di Kampung Kubu Gajah, Perak Darul Ridzuan dan dikenali ramai sejurus muncul juara di program realiti, Sinaran Passport Kegemilangan di TV3.
Lagu yang paling sinonim dengan dirinya hingga sekarang ialah Lagu Hits Buatmu.
Malah bintang ini juga pernah menjadi hos beberapa edisi di Anugerah Juara Lagu (AJL).
Foto: Instagram Shamsul Ghau Ghau
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.