Setelah berjaya menamatkan kursus latihan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) , aktres jelita kacukan Malayu India, Raja Ilya, telah ditauliahkan pangkat Kapten.

Upacara pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan pada Selasa.

Memetik Mstar, Raja Ilya berasa sangat teruja apabila diberi peluang menyertai kursus ini dan dia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dua individu penting kerana memujuknya menyertai latihan ini sehingga menerima penganugerah tersebut.

IKLAN

“Saya gembira diberi peluang ini dan sangat berterima kasih kepada Ahmad Idham dan Datuk Seri Eizlan Yusof kerana mengajak saya masuk kursus ini sehingga layak untuk Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Watikah Lantikan Pegawai Bersekutu (CDERT Ohhsem). Sepatutnya pertaulihan diterima pada April lalu tetapi kebetulan saya terikat dengan lawatan kerja ke India, jadi terpaksa ditunda ke hari ini” katanya.

Raja Ilya telah memuat naik foto majlis tersebut di Instagram miliknya dengan kapsyen ‘ Sedia berkhidmat untuk negara’

IKLAN

Antara selebriti lain yang turut menerima pangkat adalah pelakon Juvana, Adam Shahz yang menerima pangkat Leftenan Bersekutu.

IKLAN

Pada majlis yang sama, CDERT Ohhsem melalui Leftenen Kolonel Bersekutu, Ahmad Idham menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 yang disalurkan ke Unit Kesenian dan Kebudayaan APM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Raja Ilya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI