Sambutan Hari Raya Haji (AidilAdha) tahun ini tetap disambut apa adanya tetapi meriah selepas dua tahun umat Islam di negara ini tidak dapat meraikan dengan sebaiknya susulan pandemik.
Menginsafi diri menerusi memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S, ramai di antara kita yang turut mengambil cuti bagi mengisi masa bersama yang tersayang, termasuk barisan selebriti kita.
Menerusi Instagram, masing-masing merakam memori foto bersama keluarga dengan persalinan indah bagi meraikan kedatangan Hari Raya Haji tahun ini. Antaranya;
Pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy memilih untuk mengadakan majlis aqiqah buat anak pertamanya, Bunga Elhaq hari ini pada saat umat Islam meraikan Aidiladha.
Sedondon mengenakan persalinan polos putih, Elisya menerusi Instagram turut berkongsi momen indah sepanjang majlis.
Adik kepada aktres Fasha Sandha ini juga menitipkan dedikasi serta akui melahirkan puteri tersayang menjadi pengorbanan terbesar dalam hidupnya sekeluarga.
“MashaAllah anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang. When you grow up, you can read, i want you to read this message and ingat pesan mummy, jaga lah hati orang yang sayangkan you.
“Hargai pengorbanannya, terima lah kekurangannya jangan sia siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.
“Selamat Hari Raya Korban daripada kami bertiga,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Imbas kembali, Elisya dan Uzair berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 18 Jun lalu.
Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof berterima kasih kepada semua penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei apabila filem epik berkenaan kini berjaya mencatat kutipan RM80 juta setakat ini.
Menurut Syamsul, sudah tiba masanya industri filem tanah air untuk bangkit.
“Kepada yang memberi komen positif untuk filem saya, syukur dan terima kasih. Saya amat terharu dan hargai anda.
“Kepada yang katakan filem saya kali ini sampah dan lemah, juga saya terima dengan berlapang dada, kerana ‘there’s no such thing as perfect film’ (tidak ada filem yang sempurna),” katanya, memetik Harian Metro.
Dia pada masa sama optimis untuk terus fokus dan cuba membawa industri perfileman Malaysia ke peringkat tertinggi sebaik mungkin.
“Insya-Allah, saya akan terus fokus dan sedaya upaya membawa industri filem Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik walaupun terlalu banyak kelemahan dalam industri filem Malaysia.
‘Kelemahan’ inilah yang sudah membunuh industri dan pengkarya filem.
“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), orang filem dan kerajaan ayuhlah bangkit baiki kelemahan industri filem. Ayuh ikhlas dalam perjuangan ini,” katanya lagi.
Ditanya jangkaan filem itu mampu mencecah kutipan RM100 juta menjelang akhir bulan ini, Syamsul berkata, dia mensasarkan RM90 juta.
“RM100 juta itu terlalu tinggi, saya tak yakin tapi kalau RM90 juta mungkin. Itu pun tengok keadaan dan momentum filem ini macam mana. Filem ini pun dah agak lama dan lebih tiga minggu.
“Soal jumlah kutipan ini biar dulu, apa saya nak tekankan di sini adalah industri filem kita perlu bangkit,” katanya terhadap progres naskhah terbitan Kembara Studio itu.
Susulan tindak tanduk yang pernah disifatkan pelik di media sosial oleh sesetengah jetizen, pelakon Iqram Dinzly menegaskan itu bukanlah dirinya yang sebenar.
Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, apa yang dipertontonkan di media sosial itu adalah merupakan karakter keduanya yang diberi nama Prince Chiki Dinzly.
“Yang gila itu Prince Chiki Dinzly, bukan Iqram Dinzly.
“Prince Chiki Dinzly adalah karakter yang saya tampilkan dalam media sosial bagi mewakili netizen.
“Karakter saya tidak kisahlah sebagai Iqram Dinzly atau Prince Chiki Dinzly, masing-masing membuatkan saya semakin mengenali diri sendiri,” katanya kepada MH.
Pelakon berusia 41 tahun ini juga mendakwa memiliki lima lagi karakter lain yang belum ditonjolkan kepada umum.
“Sebenarnya saya ada lagi lima karakter yang belum lagi saya keluarkan. Karakter Prince Chiki Dinzly diwujudkan sebagai mewakili watak netizen yang selalu berasa berkuasa dalam media sosial.
“Saya marah bila orang kata Iqram Dinzly gila sedangkan sudah banyak kali Prince Chiki Dinzly cakap bahawa Iqram Dinzly sudah ‘mati’.
“Bila netizen, tabloid atau berita laporkan bahawa individu dalam ‘Live’ itu Iqram Dinzly, saya jadi marah. Sebab Iqram Dinzly dan Prince Chiki Dinzly adalah dua individu berbeza,” katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan seni terbaharu, Iqram bakal tampil dengan drama bersiri baharu berjudul Cinta Hilang Kata.
Menerusi drama arahan Kyoll Hamzah itu, Iqram digandingkan dengan dua pelakon wanita baharu iaitu Sophia Albarakbah dan Nelissa Nizam.
Mengulas mengenai kedua-dua aktres tersebut, Iqram berkata dia yakin Sophia dan Nelissa mempunyai masa depan yang cerah selain merupakan generasi pelakon pelapis yang perlu diberi perhatian.
“Ini merupakan kali pertama saya bergandingan dengan Sophia dan Nelissa.Dua-dua pelakon baharu yang saya tengok mempunyai potensi besar untuk menyerlah.
“Tak mustahil satu hari nanti nama mereka akan jadi besar dalam industri,” kata Iqram lagi.
Cinta Hilang Kata akan ditayangkan bermula 18 Julai ini di saluran Astro Prima, jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Ia turut dibintangi Shahz Jaszle, Liza Abdullah, Anne Abdullah dan Hariz Hamdan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...