“Sedekahkah Al-Fatihah Buat Uncle Ijan,” – Sharnaaz Ahmad Maklum Pakcik Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Share

Pelakon, Sharnaaz Ahmad berkongsi khabar duka apabika pakciknya yang dikenali sebagai Rizzuan dilaporkan telah meninggal dunia.

Menerusi satu perkongsian terkini menerusi akaun Instagram miliknya, pelakon berusia 35 tahun memberitahu arwah meninggal dunia akibat Covid-19.

“Aku baru sahaja kehilangan uncle aku, Uncle Ijan disebabkan covid stage 4. Kawan-kawan, benda ni bahaya sgt. Just be safe ok.

“Sedekahkan Al-Fatihah buat uncle ijan dan pada yg telah gugur disebabkan covid ini. Semoga keluarga uncle ijan tabah.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها Al-Fatihah. Semoga arwah dicucuri Rahmat & ditempatkn bersama orang yang soleh dan beriman.

“Diampunkan seluruh dosa2 & di Redhai Allah swt. Ameen Allahumma Ameen,” tulisnya pada ruang kapsyen.

Seiring dengan perkongsian mendukacitakan itu, rakan artis dan peminat menitipkan ucapan salam takziah buat Sharnaaz seisi sekeluarga.

Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

IKLAN