“Sedekah Sampai Kita Kaya, Solat Sampai Ke Tua,” – Pesan ‘Makan Dalam’ Shamsul Ghau Ghau

Share

Sedang memimpin jemaah dan mengerjakan ibadah umrah ketika ini, pelakon Shamsul Ghau Ghau atau lebih senang menggelarkan diri sebagai Paksu berkongsi ceramah di laman Instagram miliknya.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sedekah sampai kita kaya.

“Jangan tunggu tua baru nak solat. Solat sampai kita tua.

Jangan tua tua baru nak alim. Kita alimlah sampai tua,

” katanya sewaktu di hadapan Masjid Ghamamah Madinah Al Munawwarah.

Netizen terharu dengan cara Paksu menyebarkan dakwah dan berharap agar pelakon ini dapat terus berkongsi ilmu agama kepada masyarakat.

Pelakon Lang Buana ini juga kini merupakan guru agama dan penceramah bertauliah bebas. 

Foto – Instagram Shamsul Ghau Ghau

IKLAN