Aktres jelita, Nur Fazura dilihat semakin bahagia menjalani kehidupan seharian lebih-lebih lagi selepas berkahwin dengan dengan ‘Hero Malaya’, Fattah Amin.

Namun begitu, masih terdapat segelintir pihak yang nyata tidak senang melihat mereka bersama sehingga sanggup menabur fitnah.

Terbaru di Instagram, ruangan komen Fazura telah diserang oleh sorang individu yang mendakwa Fazura sedang keluar berdua-duaan bersama pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini tanpa pengetahuan suaminya.

“Fazura u ingat kita tak tahu sekarang pukul 10.00 u dan rizman dating di pavillion sedar lah diri kamu fazura u dah ada suami tahu!!! tuhan tahu fazura,” tuduh individu tersebut.

Tanpa melatah, Fazura membalas komen tersebut dengan ucapan terima kasih serta terharu kerana individu berkenaan sanggup meluangkan masa untuk mengetahui aktiviti hariannya.

IKLAN

“Of course la you tahu seba you kan peminat setia I, sentiasa luangkan masa you focus dengan segala yang I buat. Terima Kasih.. I am so humbled 🙂 Suami saya seorang yang penyayang dan turut sayangkan sahabat-sahabat saya. Setiap kali dia busy berkerja dia akan suruh saya luangkan masa dengan kawan-kawan supaya mereka boleh temankan saya. Kalau awak nak join marilah.. you can sit with us 🙂 Lots of love! Thank you minat kat saya,” balas Fazura tenang.

“Sedarlah Kamu Tu Dah Ada Suami,”- Dituduh Dating Bersama Lelaki Lain, Ini Respon Fazura Kepada Peminat ‘Psiko”

Seperti diketahui umum, jadual pasangan popular ini sangat padat dan tidak hairanlah kadang-kala mereka terpaksa berjauhan  seketika.

IKLAN

“Sedarlah Kamu Tu Dah Ada Suami,”- Dituduh Dating Bersama Lelaki Lain, Ini Respon Fazura Kepada Peminat ‘Psiko”

“Sedarlah Kamu Tu Dah Ada Suami,”- Dituduh Dating Bersama Lelaki Lain, Ini Respon Fazura Kepada Peminat ‘Psiko”

IKLAN

Sehubungan itu, netizen juga menasihati Fazura supaya lebih berhati-hati dan dijauhkan daripada individu ‘psyco’ yang cuba memporak perandakan rumah tangga mereka.

Namun, individu berkenaan telah menarik semula komen tersebut setelah mendapat kecaman daripada netizen tidak lama selepas itu.

Foto: Instagram Nur Fazura & Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI