“Sedapnya Suara,”- Ucapan Istimewa TokTi Buat Tun M Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Siap Nyanyi Lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’

Share

ya Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  hari ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada menitip ucapan buatnya.

Ucapan istimewa TokTi dilakukan dalam bentuk video dengan nyanyian ‘Allah Selamatkan Kamu’.

“Assalamualaikum, pada kesempatan ini, saya, suami dan keluarga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (10 Julai) dan YABhg Tun Dr. Siti Hasmah (12 Julai).

“Semoga Allah sentiasa melindungi Tun berdua, dikurniakan kesihatan dan keberkatan usia.

“Selamat Hari Lahir Tun berdua ❤❤. @chedetofficial,” titip TokTi.

Lalu, netizen telah memberikan pujian terhadap kemerduan suara TokTi,meski hanya menyanyikan lagu sedemikian.

Untuk makluman , Tun M dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali  turut berkongsi bulan yang sama (Julai) kerana ulang tahun mereka selang dua hari sahaja.

Kami dari team MH turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah. Semoga sentiasa berada dalam lindungan yang maha Esa.

Video/Foto: Instagram CTDK, Tun M

IKLAN