“Sedapnya Nama Dia…Semoga Jadi Anak Yang Soleh…”- Zaquan Adha Dedah Nama Anak, Netizen Memuji

Share

Pemain bola sepak dan suami kepada aktres Ayu Raudhah, Zaquan Adha telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Menerusi gambar tersebut, Zaquan telah berkongsi nama cahaya matanya yang keempat yang diberi nama Muhammad Aisy Al Khaliq bersama pengikutnya di laman media sosial tersebut.

“Hari ini masuk hari yg ke7…alhamdulillah baby dah cukur rambut..MUHAMMAD AISY AL KHALIQ bin MOHAMAD ZAQUAN ADHA”

“Muhammad- Yang terpuji ,Dirahmati Aisy -Mewah ,kaya -raya, kemakmuran hidup Al KhaliQ -Percipta (Asma Ul husna)” tulisnya.

Menariknya, Zaquan juga turut berkongsi makna disebalik nama tersebut.

Lantas, rata-rata netizen memuji kepada pasangan ini kerana telah memberi nama yang baik dan sedap kepada anaknya itu.

Semoga anak pasangan ini menjadi anak yang baik dan soleh.

Untuk rekod, pasangan ini telah menerima cahaya mata yang keempat pada 15 Februari yang lepas.

Foto : Instagram Zaquan Adha

IKLAN