Penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia ke-7, Aril Pilus akhirnya memberi keizinan buat isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin untuk meneruskan kerjayanya sebagai pramugari semula bersama Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Aril memaklumkan hal tersebut menerusi Instagramnya miliknya beberapa hari lalu. Meski pada awalnya ada di antara rakan yang asyik menyatakan mengenai hal yang tidak baik berkaitan dengan penerbangan, namun itu bukanlah suatu hal yang besar buat penyanyi ini.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

“Mula2 org tanya pasal bini keje cabin crew ‘ang tak takut ka kapal terhempas?’ ‘Ang tak tengok MH370 ka MH17 ka?’ Aku mcm #PEDIH gak la nak telan soalan2 mcm tu, tu pasal kasik dia mengandung 1 kali, alasan untuk dia stop keje dgn saudi airlines biar dia tau mengandung tu cane rasa dia!

 

“Tapi now lain skit la, bila 3thn dia tak keje tu, aku kesian pulak sebab rasa mcm aku dah kuburkan 1 cita2 dia, mana taknya, 3thn dia tak keje tu, cite dia tetap sama, kapal terbang, cabin crew, flight sana, flight sini, arm door, sit belt, galley, coffee tea bla bla bla, sampai naik menanah telinga aku,” tulisnya.

“Sebut Pasal Ajal Ni Mana-Mana Pon Bole Mati, Chill Sudah…” – Aril Izin Isteri Kembali Jadi Pramugari
Lalu daripada situlah, Aril akhirnya sedar bahawa itulah satu-satunya cita-cita si isteri lalu memberikan keizinan buatnya untuk kembali bekerja di awan biru.
“So mmg nampak la tu satu-satunya cita2 dia, so bila ada peluang ni, aku sebagai suami yg paham tentang perasaan dan cita2 ni, aku izinkanlah. Insyaallah pasti ada hikmah dari Allah swt dari setiap perkara yang berlaku, and now bila org tanya pasal bini fly balik ni, aku senyum jelah, sebab aku sendiri ada cita2 aku, aku tak nak cita2 tu hanya tinggal kenangan! Aku nak capai cita2 jugak, so isteri tak bole halang ok! Sebab aku da bagi chance jugak.
“Sebut pasal ajal ni, mana2 pon bole mati, chill sudah, percaya dengan takdir Allah swt. Aku redha apa pun yg bakal berlaku ? goodluck isteri, yg penting, awak joget mcm @beyonce tahan kentut,” maklumnya lagi.
Sebelum ini, Edlinda merupakan salah seorang krew penerbangan di Saudi Arabian Airlines.
Foto: Instagram Aril/ Edlina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI