“Sebenarnya Mengerikan Jugak,” – Syatilla Melvin Kongsi Video Jalani Swab Test Covid-19, Sam Dedah Isteri Bakal Dibedah Buang Tonsil

Share

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi sepotong video pendek yang merakamkan dirinya sedang menjalani ujian saringan Covid-19 (swab test), baru-baru ini.

Meski kelihatan tenang, namun Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin mendedahkan baginya, ujian yang dilakukan agak mengerikan.

“Ya allah xsangka swab test ni sebenaqnya mengerikan jugak.

“Apa-apapun, bulu mata tetap mcm sayap burung #satukekasihcukupke #hijabmatakekasih,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, Sam pula memaklumkan isterinya itu terpaksa melakukan ujian saringan kerana akan menjalani prosedur pembedahan membuang tonsil.

“Bubu nak masuk operation theatre jap lagi. Semoga lepas ni jawline Bubu makin sharp, hidung makin mancung, eyelid makin berlekuk, ketinggian lebih terserlah.

“Tapi yg paling penting sekali Tonsils yg nak dibuang tu takda komplikasi @samtilla,” kongsi Sam menerusi akaun Instagram miliknya pula.

Foto: Instagram Shaheizy Sam, Syatilla Melvin

IKLAN