“Sebenarnya Kurang Gemar Prewedding Video, Dulu Pun Tiada…,” – Atas Permintaan, Inilah Foto Sekitar Prewedding Video Fasha-Aidil, Simple But Nice!

Share

Pelakon Fasha Sandha yang bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Aidil Aziz baru sahaja memuat naik sedutan rakaman video pra perkahwinan mereka.

Meski tidak berapa gemar berlakon di daam video pra perkahwinan, Fasha akhirnya akur atas permintaan dengan syarat.

“Kisah Kami yang bahagia dalam kesederhanaan. Saya sebenarnya kurang gemar Prewedding Video, dulu pun tiada prewedding video. Memandangkan ini adalah permintaan , jadi saya tunaikan, dengan syarat.. simple2 je,” tulis Fasha.

Video hasil CST Production yang dikembangkan ideanya menerusi hasil perbincangan itu merakamkan Fasha dan Aidil berada dalam suasana desa.

“Tak perlu terbang jauh2.. tak perlu kos yang tinggi dan tak perlu masa yang panjang.

“Alhamdulillah, ini adalah idea saya , nukilan saya, yang ditajamkan lagi dengan penambahan oleh Encik Rosli dari CST Production. Tak sabar nak tengok hasilnya…
Ini dunia saya sekarang… keluarga. Ini segala galanya buat saya sekarang,” kongsi Fasha yang turut memberi kredit kepada semua pihak terlibat.

Turut sama kelihataan di dalam sedutan video berkenaan ialah dua anaknya, Rayfal dan Jemyma.

Sementara menerusi posting sebelumnya pula, pelakon Teratai Kemboja ini turut berkongsi rakaman pendek salah satu babak yang dilakonkan.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

IKLAN