????????????????????????????????????

Perkembangan teknologi kini sememangnya memberi pelbagai peluang buat individu yang bijak di dalam menggunakannya. Malah, kewujudan pelbagai aplikasi sosial juga tidak kurang hebatnya sehingga ia menjadi platform terbaik buat individu kreatif ini di dalam menzahirkan kreativiti mereka.

Itulah yang cuba disampaikan pendatang baru dalam dunia seni suara lokal, Andi Azrul Andi Mapangile, yang dahulunya cukup popular menerusi aplikasi karaoke atas talian, Smule.

Terdahulu, pemuda asal Kota Kinabalu, Sabah yang menggunakan nama komersial Andi Bernadee ini pernah menjadi buah mulut ramai apabila videonya menyanyikan lagu Putus Terpaksa dari Ziana Zain menjadi viral. Malah, lagu Bang Toyyib juga turut viral di Indonesia, sebelum mencipta viral sama apabila menyanyikan lagu Tak Tun Tuang bulan lalu.

Lagu Tak Tun Tuang adalah nyanyian asal Upiak Isil dari Padang, Indonesia. Sehingga kini, video Andi menyanyikan lagu tersebut sudah pun mencecah 1.3 juta tontonan di YouTube.

IKLAN

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai penglibatannya dalam dunia seni ini, Andi memberitahu, secara jujurnya dia tidak pernah menanam impian untuk bergelar artis secara profesional.

Ini kerana, apa yang dilakukan di aplikasi tersebut hanya sekadar minat dan berinteraksi dengan pengguna media sosial lain.

IKLAN

Sebelum Viral, Ramai Tak Tahu Andi Bernadee Rupanya Dah Ada Lagu Sendiri!

IKLAN

“Memang saya tidak pernah rancang untuk join industri seni kerana sebelum ini saya sudah pun selesa dengan kerjaya sebagai peniaga di atas talian. Saya hanya lakukan apa yang saya suka saja. Bagaiamanpun, memang nyanyian menjadi minat saya sejak dulu lagi. Lalu bila ada Smule, saya cuba untuk tunjukkan bakat.

 

“Tidak sangka pula ia menjadi perhatian dan syukur, segalanya sudah menjadi kenyantaan. Macam mimpi pun ada,” seloroh Andi yang turut mempunyai single sulung berjudul Tiada Lagi Maaf.

 

 “Lagu tersebut merupakan idea saya bersama Nasir Deraman (ND) dan mengisahkan mengenai pengorbanan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya. Bagaimanapu, wanita tersebut curang dan berlalu pergi,” kata Andi kepada MH.

Lagu tersebut sudah pun boleh didengari menerusi YouTube sejak beberapa bulan lalu.

 “Apa pun, saya sedia maklum bukan senang untuk sesebuah lagu itu untuk terus ‘menangkap’ telingat peminat muzik tempatan. Lebih-lebih lagi kini mereka punya banyak pilihan lagu ikut citarasa masing-masing,” akur Andi yang turut memasang harap agar lagu tersebut mampu kembali meraih perhatian pencinta muzik tempatan.

Foto: Izari Rosli

https://www.youtube.com/watch?v=Heda39de0hk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI