Berakhir sudah karier rapper popular Altimet dalam industri seni.
Meletakkan titik tamat, kata Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad sewaktu sidang media post konsert The Last Altimet Show sebentar tadi, dia mahu berhenti ketika momentum sedang tinggi.
Katanya, sebelum orang tidak mahukannya lagi dalam industri, lebih baik dia berundur diri.
“Sebelum orang tak kekalkan aku, aku tak kekalkan diri sendiri.
“Orang kata aku buat silap dengan percaturan, tapi aku kata, aku belajar dari kesilapan,” ulasnya mengakui konsert malam ini adalah terbaik yang pernah dihasilkan.
Satu penamat, namun jalan masih terbuka untuknya kembali.
“Semua kata aku buat silap. Tapi bila tengah top, tengah masyuk, biar aku buat.
“Kalau keputusan ni silap, aku akan belajar. Aku jadi pandai sebab banyak buat silap.
“Ini pasal kebebasan. Aku nak buat apa aku nak buat,” kata lelaki berusia 40 tahun ini.
Terpaksa meninggalkan rutin sekian lama, kata bekas ahli Teh Tarik Crew ini, cabaran paling utama untuk dihadapi adalah untuk tidak rapping.
“Rutin aku setiap hari adalah rapping. Jadi, ini yang paling best. Nak tengok aku boleh buat atau tak.
“Bukan sebab penat tapi ini pilihan. Bila obses dengan legasi, lambat laun orang akan lupa legasi kau,” tegasnya.
Tidak menolak kemungkinan muncul kembali, namun menurutnya, perkara itu memerlukan faktor yang cukup besar.
“Aku tak tolak kemungkinan untuk masuk balik tapi faktor dia haruslah cukup besar dan kuat.
“Andai kata mak aku suruh menyanyi balik, aku akan muncul.
“Aku asyik luangkan masa dengan korang. Jadi sekarang aku nak luangkan masa dengan keluarga. Harap semua faham,” katanya.
Kemuncak pengakhiran kerjaya Altimet dilihat cukup gemilang. Hampir 5000 peminat memenuhi ruang Dewan Merdeka PWTC dengan diiringi ramai selebriti yang pernah terlibat dengan lagu Altimet antaranya Tomok, Black, Noh, Joe Flizzow, Sona One dan ramai lagi.
Tahniah buat semua team produksi ya di atas pengajuran The Last Altimet Show malam tadi. Memang gempak!
Foto – MH
∞
Tular di laman Twitter sebuah klip video menunjukkan seorang kanak-kanak mencium aiskrim unicorn berulang kali sehingga digelar batak oleh si perakam.
Tindakan si perakam yang sepertinya mempersendakan kanak-kanak ini mendapat kecaman reaksi pelbagai netizen.
Malah selebriti terkenal, Neelofa dilihat turut memberikan maklum balas.
Neelofa menerusi laman Twitter memohon agar netizen dapat ‘mengicau kembali’ tweet yang dibuat agar dia dapat bertemu kanak-kanak tersebut.
“Thanks guys for the RT. But sadly, the original post has been deleted. But I noticed, there was 1 tweet mentioned that she knew the girl in the video. Can help to mention me again?,” tulisnya.
Thanks guys for the RT. But sadly, the original post has been deleted. But I noticed, there was 1 tweet mentioned that she knew the girl in the video. Can help to mention me again?
— Neelofa (@Neelofa) February 5, 2019
Dilaporkan, video ini bagaimanapun telah dipadam selepas menerima kecaman hebat.
Video yang tular ini telahpun sampai ke pengetahuan ayah kanak-kanak terbabit, Mohd Kamarul. Ulasnya, Wan Amira Iwani begitu teruja kerana telah lama mencari aiskrim viral ini.
Difahamkan, keluarga ini tinggal di Tanjong Karang, Selangor.
Semoga hajat Lofa ingin berjumpa adik ini dipermudahkan.
Foto – Twitter Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
∞
Enggan mengulas lanjut kontroversi yang melanda berhubung kisah bayaran yang dicetuskan oleh seorang juru video, Jihan Muse memberitahu dia tidak mahu kes tersebut berlanjutan.
“Kalau boleh saya tidak mahu buka kes atau bincangkan kes ini langsung. Saya tidak mahu besarkan lagi.
“Ini hanyalah salah faham dan saya sudah memaafkan. Jadi marilah kita teruskan hidup seperti biasa,” ulasnya.
Menurut isteri kepada Ungku Hariz ini, setiap manusia melakukan kesilapan. Jadi ini hanyalah sebahagian kecil ujian yang menimpa dirinya.
“Perkara ini kecil sahaja bagi saya. Tidak mengapa, semua orang buat silap. Kesilapan itu adalah kesilapan yang tidak disengajakan oleh kita, manusia biasa. Jadi tiada apa yang perlu diperbesarkan,” katanya kepada MH.
Terdahulu, kontroversi berlaku apabila seorang videografer profesional memuatnaik status yang ditujukan kepada pengacara popular ini mendakwa dia tidak membuat bayaran ke atas video yang diminta.
Individu tersebut bagaimanapun telah membuat permohonan maaf di atas salah faham yang berlaku.
Foto – MH
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
∞
∞