“Sebelum Kena Kecam, Saya Nak Bagitahu Awal-Awal…,” – Ezzaty Abdullah Perjelas Video Bawa Anak Naiki Roller Coaster

Share

Pelakon, Ezzaty Abdullah ada berkongsi keratan video saat dia bersama puteri tersayang, Harum Dalia menaiki kid’s roller coaster.

Perkongsian isteri pelakon Azwan Kombos itu dimuat naik menerusi Instagram, malam tadi.

Menyifatkan anaknya seorang yang berani, Ezzaty pada awal mengakui agak risau untuk bawa anak nikmati kid’s roller coaster kerana itu merupakan pengalaman pertama buat puteri kesayangannya itu.

“1st time bawak @harumdalia naik kid’s roller coaster. Nervous jugak mula2 tu sebab risau dia takut or menangis. Tapi dia sgt berani. Cuma terkejut kejap masa part laju sikit tu.
“Alhamdulillah Harum dah boleh geng dengan ibu lepas ni. Dulu pegi mana2 theme park ibu selalu naik sorg2 sbb paklong dgn pakngah x berani nak naik. Mummy qis @balqisabdullah tu lagi lah penakut,” tulisnya.
Lebih menarik, bintang ini turut berkongsi mahu membawa anaknya itu menikmati sky diving pula selepas ini.
Ezzaty juga sempat memberitahu awal-awal bahawa permainan berkenaan selamat untuk kanak-kanak, bimbang andai apa yang dikongsinya itu mendapat kecaman.
“Tunggu Harum besar sikit kite pegi buat sky diving sama2 ye syg. Dah berani dah tu.
Yes, sebelum kena kecam, saya nak bgtau awal2. Roller coaster ni sgt selamat untuk budak2.
“Ramai budak2 lain yang naik. Cuma td yang paling kecik memang Harum lah.
“Psst : tq kat akak2 yang bagi saya cash tadi. Sempat transfer duit online kat funfair. Adoy bikin malu saja. Dtg funfair cash pulak x cukup. Lupa nak cash out before sampai tadi. Rezeki Harum and @rayyanhareezameer nak naik roller coaster n buai laju2 pulak. Semua dorang nak naik,” kongsi Ezzaty panjang lebar.
Foto: Instagram Ezzaty Abdullah
IKLAN