“Sebelum Ini Belum Pernah Bermasam Muka Tetapi…,” – Tarikh Nikah Makin Dekat, Mas Idayu Risau Sebab Sering Diuji

Share

Penyanyi, Mas Idayu merasakan dirinya seakan diuji lebih-lebih lagi apabila majlis pernikahannya bersama penerbit eksekutif stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Mas Idayu, dia agak risau bila memikirkan mengenai beberapa ujian yang dihadapi oleh dirinya dan pasangan ketika proses persiapan perkahwinan sedang giat dijalankan.

“Betul… perasaan ‘takut’ menuju ke hari pernikahan itu ada. Saya sangat gementar memandang ia (majlis nikah) semakin dekat.

“Banyak cabaran dan ujian yang dilalui sementara menunggu majis berlangsung. Contohnya, sebelum ini belum pernah bermasam muka, tetapi kami bermasa muka masa tempoh melaksanakan persiapan.

“Mungkin juga ujian buat kami. Apa yang saya harapkan agar saya dan pasangan akan terus pandang ke depan, tanpa menoleh ke belakang,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Cintaku 100% itu berkata sedemikian ketika ditemui usai acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2022 yang berlangsung di Plaza Shah Alam pada Sabtu.

Mas Idayu merupakan salah seorang daripada empat juri yang mengadili program tersebut.

Tambah Mas Idayu, antara perkara yang sedikit merunsingkan fikirannya adalah apabila memikirkan mengenai tanggapan segelintir pihak memandangkan dia belum pernah bekerja dengan bakal suami sebagai sepasang suami isteri.

“Dulu, kami bekerjasama sebagai kawan. Tapi lepas ni saya akan bekerja dengannya sebagai suami isteri. Saya ada tanya dia, tak takut ke nanti orang kata asyik ambik isteri untuk program yang diterbitkan.

“Tapi menurutnya, kalau program terbitannya layak untuk saya, pihak stesen akan panggil saya. Jika tidak layak, mereka akan panggil orang lain. Saya percayakan apa yang dia katakan pada saya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Mas Idayu akan membuat satu pengumuman pada 21 Ogos depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Mas Idayu

IKLAN