Kejayaan dua buah filem negara yang mencatatkan kutipan membanggakan ketika ini iaitu Hantu Kak Limah dan Munafik 2 pastinya memberi suatu dimensi baru buat arena perfileman negara.

Secara langsung, ia menunjukkan penonton kini sudah pun tahu untuk menghargai, seterusnya menonton ke panggung demi sebuah filem berkualiti, tanpa mengira genre.

Sebelum Hantu Kak Limah & Munafik 2, Ini Dia Filem Yang Pegang Rekod 14 Tahun Kutipan Tertinggi Di Malaysia!

Bagaimanapun, fenomena sama pernah terjadi pada era 80-an lalu apabila filem Adik Manja turut mencatat rekod sukses tersendiri apabila menjadi filem Malaysia terawal yang mencatat kutipan melebihi RM2 juta.

IKLAN

Filem Adik Manja, arahan pengarah Othman Hafsham yang ditayangkan pada 1980 ini diterbitkan oleh Merdeka Film Productions. Difahamkan, filem berkenaan mendapat kutipan sebanyak RM3.5 Juta, lalu memegang rekod kutipan filem tertinggi lebih 14 tahun, sebelum rekod  tersebut dipecahkan oleh filem Sembilu, lakonan Datuk Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira.

Sebelum Hantu Kak Limah & Munafik 2, Ini Dia Filem Yang Pegang Rekod 14 Tahun Kutipan Tertinggi Di Malaysia!

IKLAN

Selain merekodkan kejayaan cemerlang menerusi kutipannya, Adik Manja turut menggondol beberapa anugerah filem tempatan dan antarabangsa iaitu di Festival Filem Asia Pacific ke-26 bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik selain dua anugerah di Festival Filem Malaysia yang pertama pada 1980. Hebat bukan?

Adik Manja membariskan beberapa pelakon  Dharma Harun Al Rashid, Noorkumalasari, Sharifah Shalina bt Syed Abdullah dan ramai lagi.

IKLAN

Sebelum Hantu Kak Limah & Munafik 2, Ini Dia Filem Yang Pegang Rekod 14 Tahun Kutipan Tertinggi Di Malaysia!

Sumber : Wikepedia

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI