
Pelakon Raja Ilya terkilan dengan sikap segelintir pihak yang seolah-olah sanggup menjaja dan melondehkan aib sendiri di media sosial (medsos) demi meraih perhatian.
Memberikan pendapat, ibu jepada dua cahaya mata ini menyifatkan trend di media sosial sudah berubah dan kini ia berada pada tahap yang membimbangkan.
View this post on Instagram
“Sosial media dulu lain. Sekarang dah jadi satu dunia lain. Dulu kita kongsi momen-momen bahagia, menari, makan-makan best, unboxing barang baru, kongsi berita atau perkara kelakar dan kehidupan seharian yang bermakna.
“Tapi sekarang, semua benda jadi konten. Sakit, kematian, drama rumah tangga? Konten. Apa sahaja yang boleh tarik viewers, dapat likes jalan.
“Macam dah tak kisah pun pasal privacy.
Yang penting viral. Sedih bila fikir, kita sanggup telanjang emosi depan orang asing tapi tutup perasaan depan orang yang kita sayang,” kongsinya.
Pandangan itu diluahkan pelakon filem KL Vampires itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Guna Medsos Sebaiknya
Tambahnya lagi, platform sosial media sepatutnya menjadi tempat berseronok dan menyebarkan kebaikan.
“Semuanya tayang untuk dunia. Kenapa? For Untuk cari validasi, perhatian atau sebab kita sendiri dah hilang batas? Sosial media sepatutnya tempat bersosial, bukan tempat menjaja luka.
“Ia sepatutnya menyeronokkan. Sekarang dah jadi toxic. Anak-anak belajar cari ‘proof’ untuk diterima dekat sekolah dan universiti dari social media, bukan dari komunikasi. Suami isteri berbalas sindiran kat story.
“Parents luah kecewa dekat live. Adik-beradik block satu sama lain. Bukan selesaikan masalah. Connection hilang, diganti dengan konten,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Ilya berharap agar orang ramai lebih memberikan perhatian dan berkomunikasi bersama orang tersayang daripada menghabiskan masa di alam maya.
“We need to pause. Breathe. Reflect.
Kurangkan screen time. Tambahkan real time with family, dengan pasangan, dengan anak, dengan kawan. Masa tak tunggu kita. Dan social media takkan pernah puas dengan apa yang kita bagi.
“So maybe, just maybe we keep our personal life personal. Kita share benda yang bagi manfaat. Motivation. Pengalaman yang boleh bantu orang. Testimony yang inspire.
“Bukan semua nak dijadikan drama episod harian. Walaupun menarik untuk sesetengah pihak,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI