“Sebak Tengok Kasih Sayang Tulus,” – Beri Pesan Dalam Tangisan, Gmie Screen Sayu Peluk Cium Menantu

Share

Gmie Screen merupakan contoh bapa mertua terbaik apabila segera mencium pipi menantu seraya selesai akad nikah anak perempuannya.

Dilabel bapa mertua paling sporting, sebaik sahaja Imam menyatakan sah pada akad, Gmie tanpa berlengah, sambil berdoa terus mencium kedua-dua belah pipi menantu yang dilihat sedang sebak.

Malah, perkongsian video penyanyi lagu Bila Cinta Di Dusta ini yang dilihat memeluk anak perempuannya sambil memberikan pesanan meruntun hati netizen.

Suasana penuh hiba ini menggambarkan perasaan hati seorang ayah yang akan melepaskan anak perempuannya kepada yang lebih berhak.

Selamat pengantin baru MH ucapkan kepada Hadirah dan Ridzzuan.

Foto – Instagram Gmie Screen

IKLAN