Sebak.. Rakan Artis ‘Terkejut’ Pemergian Abam Bocey. Al Fatihah

Share

Industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelawak popular, Abam Bocey yang telah meninggal dunia selepas Subuh pagi tadi dipercayai akibat demam panas.

Abam atau nama lengkapnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan isteri Abam, Hidayah kepada adik Allahyarham, Ali.

Lantas, perkara itu mengejutkan ramai pihak termasuk rakan selebriti dan pelawak yang pernah sama-sama dalam satu gelanggang lawak.

 

 

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Tahfiz Darul Quran Al-Wildan Gombak.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 5 bulan.

 Foto : Instagram Selebriti

IKLAN