Susulan penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengarah Erma Fatima turut memberikan reaksi tersendiri behubung penahanan berkenaan.

Katanya menerusi Instagram pada malam tadi, dirinya rasa sebak kerana sejak sekian lama menunggu saat tersebut memandangkan jiwanya tidak tahan melihat bangsa sendiri yang berbalah di antara satu sama lain.

“Airmata aku menitis tak pasal-pasal mlm ni. SEBAK kerana sekian lama aku menunggu saat ini. KERANA jiwa aku makin sakit melihat BANGSA aku berbalah antara satu sama lain. Mungkin kalian boleh mengatakan aku BIADAB kerana seolah berharap pd penangkapan ini. Silakan!

 

“Aku BERHARAP penangkapan ini akn mengurangkan dosa kita semua. Dosa kita yg selama ini hidup di dalam teka teki…spekulasi demi spekulasi sendiri.. hari ini kita tdk perlu lagi berteka teki. Sejahat mana pun beliau…tercatat d dlm sejarah beliau lh yg pernah memimpin negara kita satu ketika dulu. Kita tk mampu memadam sejarah,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang Mak Cun itu juga mengakui meski isu tersebut perit untuk dilalui keluarga dan penyokong bekas Perdana Menteri itu, namun dia berharap agar apa yang berlaku menjadi kepada pengkahiran segala fitnah-memfitnah, tuduh-menuduhdan sebagainya.

IKLAN

“Walaupun perit utk d lalui oleh keluarga DSN dan penyokong BN namun aku berharap disinilah berakhirnya segala fitnah memfitnah..tuduh menuduh..hina menghina…maki bermaki…dendam berdendam..dan segala macam mak nenek spekulasi kita kpd beliau.

 

“Saat ini akan menjadi saat bersejarah buat negara kita…saat yg bakal membuka mata seluruh rakyat dan pemimpin negara yg lain tanpa mengira parti politik..Aku hanya mampu berdoa agar Allah tunjukanlah KEBENARAN kpd kami semua…..KEBENARAN YG ADIL DAN SAKSAMA…KEBENARAN yg bakal MEMBUKA MATA RAKYAT! KEBENARAN itulah dariMU Ya Allah,” kongsi Erma.

“Sebak Kerana Sekian Lama Aku Menunggu Saat Ini. Kerana…,” – Reaksi Erma Fatima Isu Penahanan Najib Razak

IKLAN

Bagaimanapun, dia turut memohon kepada semua pihak henti memperlekeh dan menghina, kerana itu bukanlah budaya kita.

IKLAN

“Sy mohon kpd sahabat2 semua…Hentikanlah memperlekeh dan menghina beliau. Itu bukan budaya kita…biarkan undang2 menentukan segalanya. Sy percaya atas izin Allah PENANGKAPAN ini akan MEMBUKA SEGALA KEBENARANNYA.

 

“Sy berkata kata bukan atas nama Barisan Nasional , UMNO, Pakatan Pas atau parti apa pun. Sy berkata-kata sebagai seorang MANUSIA kepada MANUSIA lain,” katanya sambil memohon ampun dan maaf.

 

“Ampun dan Maaf dari sy wahai BANGSA ku yg ku kasihi… BILA KAU ADA SAHABAT YG MELAKUKAN KHILAF.. MAKA GENGGAMLAH TANGANNYA ERAT2 DAN TEGURLAH SEGALA KEKHILAFANNYA…
ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN BUAT SESEORANG YG BERKASIH SAYANG SESAMA SAUDARA KERANA-NYA,” akhiri Erma.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI