Ads

‘Sebak Dada-Dada Kami’ – Ruffedge Terharu Sokongan Penonton Ketika Persembahan Di AME 2018

Malam Ahad yang lalu telah berlangsungnya Anugerah Meletop Era 2018 dan telah menampilkan artis-artis dari setiap era yang berbeza.

Salah satu persembahan yang mendapat sorakan daripada penonton adalah ketika kumpulan Ruffedge membuat persembahan.

Bukan sahaja sorakan yang diberikan malah penonton juga turut sama-sama menyanyi bersama mereka dan terlihat juga rakan-rakan artis di bawah pentas turut terhibur dan menari.

Kerinduan penonton terhadap Ruffedge nampaknya terubat selepas lama menanti kemunculan mereka setelah berpecah beberapa tahun dahulu.

Menerusi akaun Instagram milik kumpulan ini, mereka menyatakan rasa syukur, terharu dan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada mereka semasa melakukan persembahan tempoh hari.

Ads

“Kami berasa sangat terharu terhadap segala kasih sayang yang diberikan oleh semua baik yang di stadium mahupun di rumah.

 

“Perasaan kasih sayang dan kerinduan yang luar biasa dari anda semua sangat menyebakkan dada2 kami.

 

“Terima kasih semua. Semoga dengan sokongan semua kami dapat menjayakan sebuah concert khas yang akan melayan hati setiap yang menanti dan merindu sepuasnya insyaAllah. Amiin.

 

“Terima kasih #AME2018 @meletop #RUFFEDGE,” tulis mereka di ruang kapsyen.

Rata-rata peminat mengakui rindu mereka terubat menyaksikan persembahan daripada kumpulan kesayangan mereka ini dan ada juga meminta Ruffedge untuk mengadakan konsert.

aliyasyafieda: Come back concert pleaseeeeee

Ads

idayou88: Rindu terubat.. vokal & harmonise power, best ?

aira_amieyra: Please….wt konsert COME BACK!!!!!

Ads

mzheleen: Konsert plisss!!

annefiqa: Rindunyaaa.. Dah lama tunggu Ruffedge bt comeback. ???

salsabilaliah_: Legend is the best !!!! I love ruffedge so muchhh ! @ruffedge

Sumber: Instagram Ruffedge

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Adalah Saya, Rock Sampai Bila-Bila,” – Rahmat Ekamatra Reda Tersingkir...

Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
error: Hello. Cannot.