Uncategorized

‘Sebab Viral Tu Sale Meningkat’- Respon Asha Razak Terhadap Video Serang Kedai Sajat

Share

Baru-baru ini kecoh apabila bekas pelajar Akedemi Fantasia 2016, Asha Razak menyerang kedai milik ahli kosmetik terkenal, Nur Sajat dek kerana teman lelakinya disyaki membawa wanita lain ke premis tersebut.

Malah, Asha juga turut memuat naik video dia bergaduh dengan pekerja kedai tersebut dan kelihatan ada beberapa insiden terjadi membuatkan pekerja kedai tersebut mengugut untuk memanggil sekuriti.

“Aku datang sini aku nak tahu bukti ‘boyfriend’ aku datang dengan siapa je!! Tapi aku paling bengang bila aku datang sini pekerja kau ni layan orang macam sampah!

“Macam tak reti buat kerja! Buat orang lagi bertambah panas! Kau tengoklah sikit pekerja kau ni @nursajat02. Aku peduli apa viral ke kurang ajar ke!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video yang viral di media sosial tersebut mendapat perhatian daripada netizen di mana ada netizen mengatakan bahawa itu semua hanyalah strategi pemasaran yang dilakukan oleh pihak terlibat.

Berikutan itu, semalam Sajat memuat naik video di mana dia sedang mengira keuntungan yang diperolehi daripada insiden tersebut.

“Tak faham lah..baru baru ini ada viral pasal minah mengamuk tak tentu pasal isu tentang BF dia datang ke ‘Beautician’ beli produk-produk kami.

“Lepas tu si minah tu sentap tengok resit kantoi uols..mana tak nya,mesti lah jealous tahap petai jering,ia lah kan,bf dia datang ke beautician,buat apa kan?

“Lepas tu main serang-serang jer..nak tengok cctv lah,nak tengok dengan sapa BF dia bawa lah. Adoii! Jangan macam ini dik.

“Sebelum serang ke apa ker,ko tanya betul-betul BF ko, bukan main serang jer. Disebabkan dia, ko buat hal macam ini,tak pasal-pasal ‘income’ hakak masyuk uols! Mesti lah uols!! Product laku keras! Kita pulak produk-produk name semuanya,” tulisnya.

Bagaimanapun, menjawab pada video Sajat tersebut, Asha kemudiannya memuat naik satu insta story di laman IG miliknya.

“Alhamdulillah, disebabkan viral tu ‘sale’ meningkat, tak kisah lah ‘bad marketing’, tak pandai berlakon ke, yang korang layan siapa suruh. Korang juga yang viralkan. Thank you,” tulisnya.

Wow! bila baca IG story Asha tu kelihatan macam ‘pergaduhan’ itu seperti strategi pemasaran mereka pulak. Apa-apapun, pada MH isu ini boleh dielakkan sekiranya semua pihak mengambil langkah yang lebih efisien.

sumber: IG Sajat dan Asha

IKLAN