![73D5C0AA-75CE-48ED-8D6E-E46F84797355](https://cdn.mediahiburan.my/2021/06/73D5C0AA-75CE-48ED-8D6E-E46F84797355-696x424.jpeg)
Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal memuatnaik foto sekeluarga, lalu memberikan dedikasi buat suami tersayang, Khairul Anuar Hussin.
Ucapan manis itu dibuat bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang diraikan, pada Ahad.
Jelas Elyana, dia dan anak-anak sayangkan ‘ayah’ dan memerlukan ‘ayah’ untuk sentiasa ada bersama.
“Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda, Cinta and Cahaya sayang sangat kat ayah. Kalau ayah tak ada,kitorang tak best, mesti nak kena ada ayah.
“Sebab ayah our superhero…semua ayah boleh buat, kecuali pasang2 kabinet, katil dan apa je yang ada skru tu memang ayah tak pandai. Nasib baik bonda power part tu.
“Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup and tak best kalau tak ada awak,” tulisnya.
Lalu, posting yang dibuat penyanyi yang kini menjalani rawatan radioterapi bagi rawatan kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun itu membuatkan rata-rata peminat berasa sayu.
Malah, masing-masing turut mendoakan agar ujian yang dihadapi Elyana beransur hilang seterusnya memberikan kata-kata semangat moga dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Elyana dan Khairul Anuar Hussin mendirikan rumah tangga pada November 2010.
Foto: Instagram Elyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Bila Nak Biarkan Dia Berfantasi Buat Benda Yang Tak Perlu…,” – Pereka Fesyen Ezuwan Ismail ‘Carut’ Aliff Syukri, Dakwa Suaranya Lebih Bagus!
![“Sampai Bila Nak Biarkan Dia Berfantasi Buat Benda Yang Tak Perlu…,” – Pereka Fesyen Ezuwan Ismail ‘Carut’ Aliff Syukri, Dakwa Suaranya Lebih Bagus!](https://cdn.mediahiburan.my/2021/05/F832BB23-40FB-4D02-B0B9-B8F6751448E7.jpeg)
Nama pereka fesyen yang turut berjinak jinak dalam dunia nyanyian, Ezuwan Ismail tiba-tiba hangat apabila dia ada memuat naik entri berbaur carutan dan kecaman di laman Instagramnya.
Hingga ada yang menebak, entri terbabit didakwa seolah-olah ditujukan kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang baru muncul dengan lagu raya berjudul Lala Raya.
Bagaimanapun, Ezuwan tanpa berselindung menjelaskan, entri terbabit memang ditujukan kepada Aliff.
“Habis itu, siapa lagi kalau bukan dia. Saya malas nak letak atau tulis namanya, nanti bagi publisiti percuma saja dekat dia. Tak payah menyanyi guna ‘auto tune’ sangatlah.
“Tahulah tahap keyakinan dia tinggi sampai boleh ‘terpelanting’ penyanyi sedia ada lain. Saya pun pernah dikecam tak nyanyi bagus sampai pernah dicarut menyanyi seperti tercekik sudu oleh Rozita Che Wan.
“Namun saya rasa mutu vokal sendiri taklah seteruk dia. Saya siap masuk kelas vokal. Pendek kata suara saya lagi bagus berbanding dia.
“Dia yang banyak kali keluar lagu pun, tak ada peningkatan langsung. Baik tak payah menyanyi sebab memang tak boleh menyanyi pun. Tahulah dia banyak duit, tapi rasanya cukup cukuplah.
“Lebih baik dia fokus perniagaan dan buat viral macam selalu,” katanya.
Ditanya sama ada dia berkawan baik dengan ahli perniagaan berkenaan, bapa kepada dua cahaya mata itu tidak menafikan perkara berkenaan.
“Saya mengenalinya dan masing-masing pernah bersua dan bertegur sapa di beberapa majlis tertentu.
“Saya rasa tak salah menegur. Sampai bila nak biarkan dia berfantasi buat benda yang tak perlu seperti menyanyi. Iya dia ada duit dan kaya, tapi lebih baik dilaburkan untuk benda mendatangkan untung.
“Saya pun menyanyi atas paksi ukur baju di badan sendiri. Setakat berangan biasa-biasa itu adalah. Jauh sekali nak berentap di Anugerah Juara Lagu dan acara muzik lain. Saya realistik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ezuwan mengakui terpaksa menganjak tarikh mempromosikan single raya solonya berjudul Lambaian Pagi Syawal.
Lagu itu dicipta komposer otai, S Atan dan lirik Siso Kopratasa dan telah pun dirakamkan 10 Mac lalu.
Untuk rekod Ezuwan tampil menyanyi bersama E1 Band bersama dua lagi anggotanya, Zulyasrani dan Ariff Imran pada tahun 2019.
“Tahun 2019 itu kami muncul dengan lagu Semalam Sahaja ciptaan Asfan Shah dan juga lagu raya, Rindu Lebaran. Lagu raya itu pun dicipta S Atan.
“Cuma kali ini saya nak cabar diri dan cuba nasib menyanyi solo. Tapi atas beberapa masalah produksi dan situasi pandemik COVID-19, nampaknya saya kena tunda niat nak keluar lagu raya itu tahun ini.
“Nampak gayanya kena peram sampai tahun depan. Lagipun tahun ini banyak lagu raya baru yang tular dan ‘catchy’ hadir memeriahkan musim Ramadan dan raya tahun ini,” katanya.
Ezuwan berkata kerana bertekad nak keluar lagu raya solo sebelum ini, dia juga kini berjaya menurunkan berat badan.
“Dalam 10 kilogram untuk tempoh sebulan juga saya turunkan berat badan. Saya juga bersenam dengan jurulatih kecergasan selain jaga pemakanan. Berat saya dari 83 kilogram (kg) jadi 73
“Tapi tak ada rezeki keluar lagu raya tahun ini. Barangkali saya boleh makan menikmati pelbagai juadah raya nanti sebab tak perlu risau tampil cantik dan meletup saat keluar lagu baru. Nanti nanti boleh diet balik,” selorohnya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syukur Ya Allah, One More Achievements Unlock,”- Tahniah! Dapat Kunci, Nabila Razali Berjaya Miliki Rumah Idaman
![“Syukur Ya Allah, One More Achievements Unlock,”- Tahniah! Dapat Kunci, Nabila Razali Berjaya Miliki Rumah Idaman](https://cdn.mediahiburan.my/2021/10/4BA92B2A-BF62-4AAD-AB50-76E736DD37C6.jpeg)
Penyanyi, Nabila Razali menzahirkan rasa syukurnya selepas memaklumkan dia kini telah pun berjaya untuk memiliki rumah idamannya sendiri.
Menurut Nabila, ia merupakan sebuah lagi pencapaian yang berjaya dikecapinya pada usia 29 tahun.
“Alhamdulillah syukur Ya Allah. One more achievement unlocked. My dream house!,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Peluang Kedua itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, menerusi entri yang sama, Nabila turut dilihat sudah seperti menerima kunci rumah yang bakal didiaminya itu nanti.
Malah, bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-10 ini turut berkongsi foto bahagian hadapan rumahnya buat tatapan umum.
Antara yang turut menzahirkan rasa teruja di ruangan komen termasuklah rakan artis seperi Aliff Satar, Ramona Zam Zam, Uyaina Arsyad, Syifa Melvin dan ramai lagi.
“Tahniah Nabila. Moga murah rezeki,” tulis Aliff Satar.
“That balcony up there. Congrats Bella,” kongsi Ramona.
“Alhamdulillah, yay nak datang please,” ucap Uyaina.
“House warming jangan lupa whatsapp. Congratulations babe. You deserve it,” kongsi Syifa Melvin.
Selain bergelar penyanyi, Nabila juga turut aktif sebagai seorang pelakon, usahawan dan duta bagi pelbagai jenama produk tempatan dan antarbangsa.
Sumber: Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Sarah Liyana Akan Terus ‘Lawan’ Isu Dalam Rumah Tangganya, Tidak Akan Diam Dan Takkan Diam Selagi…
![Puteri Sarah Liyana Akan Terus ‘Lawan’ Isu Dalam Rumah Tangganya, Tidak Akan Diam Dan Takkan Diam Selagi…](https://cdn.mediahiburan.my/2022/10/5BA6BBC3-6058-4A24-8C0D-6351604B7D8C.jpeg)
Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak akan berdiam diri selagi tiada sebarang tindakan susulan terhadap individu ketiga yang didakwa menganggu rumah tangganya bersama suami, pengarah Syamsul Yusof.
Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, memuat naik kenyataan menerusi laman Instagram miliknya pada malam Khamis.
“Ramai yang tanyakan? Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan.
“Perlahan-lahan tapi pasti. Kes mahkamah memang ambil masa yang sangat lama. Mahkamah Sivil dah dapat tarikh bicara tapi tahun depan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah di dalam hantaran sama, pelakon drama Suri Hati ini juga bakal memfailkan tindakan lanjut di Mahkamah Syariah.
“Mahkamah Syariah, akan datang dan saya akan lawan.
“Kes tutup? Tidak sama sekali ya! Tak pernah lagi dekat Selangor atau Wilayah berjaya kecuali dekat Terengganu pernah berjaya kes pertama.
“Jadi jom sama-sama jadikan yang pertama (kes menang) di sini!” tulisnya lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berharap agar orang di luar sana dapat mendoakan perjuangannya.
“Doakan sarah. Keadilan akan ditegakkan. Kita ada banyak saluran boleh pergi, kita ada banyak akta. Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Dalam entri itu juga, Sarah turut mengepil (tagged) akaun Instagam suaminya, @syamsulyusoffilm.
Artikel Berkaitan;
Azrel Ismail Hormat Status Puteri Sarah, Jaga Batas Atas Pentas; “Buat Kerja Secara Profesional.”
Untuk rekod, anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar telah dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 20 Ogos lalu untuk membantu siasatan susulan tindakan saman yang difailkan oleh Puteri Sarah.
Difahamkan, Ira disiasat mengikut Seksyen 38 Akta kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa kepada menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro pada Jumaat, dia berpuas hati dengan penjelasan diberikan pegawai penyiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung aduan dibuat terhadap wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya.
Sarah menambah, dia juga sudah mengetahui segala apa yang berlaku selain jelas dengan segala penerangan diberikan pihak berkenaan dan hal berkaitan turut dikongsikannya di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI