Categories: Uncategorized

“Sebab Takda Duit Promote Barang Boleh Rosakkan Muka,”- Linda Rafar Perli Artis Mana Ni?

Share

Pelakon dan penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar menegaskan tidak akan membuat sebarang review untuk product yang tidak digunakannya.

Katanya, dia tidak mahu menanggung sebarang risiko jika terjadi apa-apa kepada pengguna selepas menggunakan produk tersebut.

Kenyataan itu telah diluahkan Linda menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“To all online seller, please jangan bezakan harga review Linda dengan artis lain. I am not going to promote or review products yang Linda tak pernah pakai.

“Nanti muka rosak jangan salahkan Linda. Nak promote business orang kene ikhlas ye jangan kerana takda duit pergi promote barang yang bole rosakkan kulit muka,” tulisnya

Tambah Linda, dia berharap agar peniaga online faham dengan termanya itu selain turut meminta jangan bandingkannya dengan artis lain.

“Harap faham ye! Apa je product yang Linda dah review bermakna Linda and family dah pakai.

So, product yang bagus dan boleh dicuba sahaja untuk semua followers Linda. Bukan product je ye makanan pon Linda akan promote dan review dengan ikhlas,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan syarat yang diletakkan oleh Linda itu.

Foto: Instagram Linda Rafar

IKLAN