Bercerita mengenai perkembangan seninya ketika ini, Uqasha tidak mahu terlalu cepat berpuas hati dengan respon peminat. Meski mengakui profil seninya kini kian positif, namun Uqasha tidak mahu terus memasang angan.

Uqasha nyata lebih selesa untuk bersikap low profile dalam lakonan, tetapi pada masa sama cuba memberikan yang terbaik di dalam setiap naskhah drama yang dilakonkan.

“Sebab Saya Sedar, Kita Tidak Boleh Paksa Orang Untuk Suka…” – Uqasha Senrose

IKLAN

“Sejujurnya, atas apa yang berlaku saya bersyukur kerana sudah ada yang boleh menerima lakonan saya. meski pada peringkat awal ada yang pesimis, namun itu bukanlah penghalang untuk saya dalam membuktikan kebolehan diri.

 

“Sebab saya sedar, kita tidak boleh paksa orang untuk suka atau puas hati dengan lakonan kita. Namun bila ada komen-komen positif yang membina, ia secara tidak langsung memberikan saya semangat untuk terus memberikan yang terbaik. Setidak-tidaknya, saya mencuba,” katanya kepada MH.

“Sebab Saya Sedar, Kita Tidak Boleh Paksa Orang Untuk Suka…” – Uqasha Senrose

IKLAN

Dalam perkembangan lain, bintang Rahsia Hati Perempuan ini bakal muncul menerusi super-tele di samping Zizan Razak.

IKLAN

Foto: Instagram Uqasha Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI