Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengambil keputusan untuk menukar nama anak bongsu mereka, Jibril Ibtisam kepada Muhammad Fahri disebabkan mengalami keadaan bayi kolik hampir setiap hari selepas dilahirkan.
Menurut Wawa, dia dan suami sepakat untuk berbuat demikian memandangkan ketika anak lelakinya itu menangis lebih daripada sejam.
“Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik nangis. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu.
“Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik menangis ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik,” katanya.
Cuba mencari ikhtiar, Wawa mendedahkan Aeril akhirnya menukarkan nama anaknya kepada Muhammad Fahri.
Ads
“Saya cakap pada Aeril, kenapa sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada lah dalam sehari begitu.
“Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri sudah selamat diakikahkan.
“Kiranya dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama,” cerita Wawa lagi.
Ads
Pasangan selebriti itu ditemui pada majlis Wawa Royal Majestic Appreciation Gala Night yang diadakan di Tenera Hotel, Bangi, pada malam Sabtu.
Dalam majlis yang meraikan stokis dan ejen jualan Wawa Cosmetics itu, mereka turut melancarkan siri mandian baharu yang terdiri daripada gel mandian dan scrub pencerah.
Ads
Produk terbabit dikeluarkan dalam dua varian iaitu Japanese Rose dan Cherry Blossom.
Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Yayasan Metamorphosis bersama pasukannya tampil agresif menjalankan Misi Jiwa Prihatin bagi membantu mangsa banjir dalam usaha mencurah bakti menghulurkan bantuan dalam usaha meringankan beban ditanggung mangsa banjir terutamanya di sekitar Selangor dan Pahang, baru-baru ini.
Meski Presiden Yayasan Metamorphosis, Datuk Aliff Zain dan pasukannya agak terlewat menghantar bantuan disebabkan menjalani tempoh kuarantin berikutan menjadi kontak rapat pesakit COVID-19, namun keprihatinan tetap diteruskan demi kebaikan bersama
“Habis sahaja tempoh kuarantin, saya terus mempersiapkan pasukan untuk turun padang bagi menghulurkan bantuan. Dari segi dana, Yayasan Metamorphosis tidak kutip mana-mana sumbangan, ini hasil pendapatan perniagaan yang disalurkan kepada yayasan ini.
“Kami melawat bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin di Banting, Selangor, kemudiannya ke rumah penyanyi Ezad Lazim di Kota Warisan, Sepang.
“Seterusnya, kami menjengah bekas pemain bola sepak negara, Azman Adnan dan isterinya, As Feminin. Selain kunjungi kediaman penyanyi otai, Yantzen dan pemain bass kumpulan Damasutra, Amran di sekitar Hulu Langat.
“Sepatutnya, kami singgah ke rumah pelawak, Ebby Yus di Hulu Langat, tetapi saya dimaklumkan beliau dimasukkan ke hospital.
“Misi Jiwa Prihatin ini turut menghulurkan bantuan kepada individu lain yang menjadi mangsa banjir, bukan hanya golongan selebriti,” katanya.
Aliff yang juga usahawan dari Pulau Pinang berkata, secara kasar, Yayasan Metamorphosis memperuntukkan antara RM500,000 hingga RM1 juta bagi Misi Jiwa Prihatin di seluruh Malaysia.
“Bukan hanya menyediakan sumbangan berbentuk wang ringgit, malah, pelbagai barangan elektrik seperti mesin basuh, peti ais dan katil. Ini termasuk juga keperluan asas seperti pinggang mangkuk, dapur dan sebagainya.
“Misi Jiwa Prihatin bermula ketika banjir besar di seluruh Malaysia pada 2014 dan saya sendiri turun padang rasa agak sedih dengan nasib menimpa mangsa banjir. Saya lihat mereka perlu memulakan kehidupan baharu, ada yang sehelai sepinggang, tak kira kaya atau miskin.
“Jadi, dari situ, kami meneruskan Misi Jiwa Prihatin tahun demi tahun. Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan membantu mangsa banjir bukan hanya kejadian tahun ini, tetapi juga pada masa akan datang,” katanya lagi.
Aliff berkata, dia juga mengalu-alukan sukarelawan yang menyertai Yayasan Metamorphosis, mereka boleh menghubungi kami menerusi Facebook Yayasan Metamorphosis.
“Dan, hari ini Yayasan Metamorphosis bekerjasama dengan rider penghantar makanan. Bukan sahaja bangsa Melayu, malah Cina dan India turut berganding bahu membantu mangsa banjir,” katanya.
Sementara itu, anggota kumpulan Feminin, As berbesar hati apabila Datuk Aliff Zain turun padang menghulurkan bantuan.
“Terima kasih, semoga Allah membalas jasanya membantu mengurangkan bebanan saya sekeluarga. Saya tak boleh agak anggaran kerugian. Tetapi, apa yang boleh saya cakap kena bermula dari kosong semula. Bukan hanya semua barang elektrik rosak, malah, lantai pun pecah.
“Ia seperti membina rumah baharu. Satu rumah pula kena buat wiring semula. Memang saya amat terkesan, tetapi, saya nak ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan tidak berkira.
“Bila berlaku bencana ini, barulah saya nampak rakyat Malaysia sangat bersatu dan bermurah hati, tak kira apa bangsa dan agama. Saya memang respek pada masyarakat majmuk kita,” katanya.
Ezad Lazim pula mengakui, ia merupakan situasi pertamanya berdepan musibah sedemikian.
“Ini pengalaman kali pertama berdepan musibah banjir sejak pindah ke rumah sendiri di Kota Warisan, Sepang. Banyak barang koleksi peribadi musnah dan rosak. Saya memang suka simpan barang-barang yang ada nilai sentimental.
“Saya simpan koleksi CD dan VCD original dari penyanyi yang saya minat. Saya kumpul dari zaman muda. Ini termasuklah koleksi gambar saya dengan bekas kumpulan dan alatan muzik seperti gitar. Ada antaranya saya simpan dan tidak pernah guna.
“Namun, agak sedih alatan muzik artifak arwah bapa tidak boleh diselamatkan, tetapi tidak mengapalah. Apa yang penting, nyawa.
“Alhamdulillah, isteri dan anak-anak berada dengan saya ketika banjir, jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan usahawan, Aida Gadis Melayu mengakui berasa agak kurang selesa dengan sikap seorang individu di Instagram yang mempersoalkan mengenai hubungannya bersama suami yang juga merupakan bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail.
Menurut Aida, atau nama sebenarnya, Khairul Noormaaidah Zali, dia telah menerima satu hantaran mesej peribadi yang bertanyakan mengenai status terkini perkahwinannya gara-gara dia jarang memut naik gambar bersama suaminya.
Katanya lagi, tidak semua perkara perlu dimuat naik di media sosial bagi membuktikan mengenai sesebuah perhubungan itu.
“Inilah realiti media sosial. Lebih ‘show off’ orang menyampah. Lupa muat naik orang ingat kita ada masalah. Apa pun, saya baik saja dengan adanya suami.
“Sebab hantaran mandi kolam renang dengan anak tapi suami tidak ada pun boleh menjadi fitnah zaman sekarang. Ya, memang hanya tanya tapi orang tak buat macam tu lah, tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh juara musim pertama program realiti Gadis Melayu 2009 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Tambahnya lagi, hubungannya bersama suami masih dalam keadaan yang baik dan dia juga berharap agar sikap ‘serkap jarang’ ini dapat dihentikan.
Aida turut memberitahu, dia sememangnya terkejut selepas membaca hantaran mesej tersebut.
“Kalau tanya apa Aida rasa? Swipe sampai gambar last sekali tu. Tulah yang Aida rasa sekarang. Diorang ni fikir apa? Ada suami tapi tak upload? Lemah? Haa gitu kot,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu berkenaan selain turut mendoakan semoga perkahwinan Aida dan suaminya akan berkekalan hingga ke jannah.
“Aduh la, sampai ke situ sekali orang fikir. Aduh la netizen ni. Macam-macam depa fikir.
“Punyalah busy body ek? Ni orang kata ambil berat yang bukan-bukan.
“Overthinking orang Malaysia ni.
“Makcik Bawang sungguh budak yang menanya tu. Acah-acah concern,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Aida dan Saiful Nizam berkahwin pada 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aida Gadis Melayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya seminggu lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim menerusi sebuah hantaran video yang dikongsikan di laman Instagram.
Video berdurasi hampir satu minit itu memapar detik-detik di dewan bersalin saat dia dan suami menyambut kelahiran cahaya mata perempuan itu.
“It’s been 7 days since I posted anything and it’s been a whirlwind of a week adjusting to a newborn in the house again.
“I’m re-learning everything and getting to know her little grunts and cries and picking up cues to what she’s feeling and needing, mostly the area between my neck and stomach,” tulisnya.
Menurut penyanyi lagu Hello itu lagi, dia kini sedang memanfaatkan waktu dengan berehat dan cuba membiasakan diri dengan situasi dirinya ketika ini.
Dikesempatan itu juga, Hunny turut memaklumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan anak mereka Mia Celine.
“How could I have forgotten how to mother a newborn? I guess some information just slips right out of you when you are out of practice.
“But today feels slightly more sane because after 2 nights of having engorgement, finally the urut lady came to relieve my woes.
“Mia Celine is 7 days old now and everytime i look at her, I’ve fallen in love again,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Hunny dan anaknya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Awww, she’s so beautiful. Can’t wait to meet her,” kata Sazzy Falak.
“I still remember the feeling. Mia Celine is beautiful. Can’t wait to meet her,” respon Nadia Nasimuddin.
“MasyaAllah, she’s lovely. So cute. Slowly, all will comeback to you. You’re great mom. Rest well,” balas Yasmin Hani.
Untuk rekod, ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan keduanya dengan pilihan hati Fedrighi Francesco.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2020.
Hunny pernah berkahwin dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2018.
Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Eva Medina, 10, dan Adam Musa, 5.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Hunny Madu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...