Scha Alyahya Meniti Hari Bersalin Anak Kedua, Foto Terbaru Jadi Perhatian Peminat – “Semoga Dipermudahkan Segalanya.”

Share

Pelakon dan hos, Scha Alyahya ada memuat naik foto beserta keadaan terkininya yang sedang meniti hari untuk bersalin anak kedua.

Mengenakan dres labuh hitam sambil mengenakan topeng muka, isteri kepada Awal Ashaari itu memuat naik foto tersebut di Instagram yang sekali gus mendapat perhatian peminat.

“Vibing with bebe,” tulis Scha ringkas pada ruangan kapsyen yang memberi bayangan mengenai perkembangan kehamilannya kini.

Lalu, para peminat ada menitipkan dedikasi beserta harapan yang baik-baik, semoga urusan bersalin Juri Pencarian Hero Remaja 2020 ini berjalan lancar.

Imbas kembali, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) yang menyukarkannya untuk hamil Januari tahun lalu.

Usia kandungan kedua sudah pun memasuki bukan kelapan, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana.

Foto: Instagram Scha Alyahya

IKLAN