Aktres, Haliza Misbun mengakui dia kini sedang mengenali seorang lelaki berbangsa Inggeris sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, pelakon drama Kelip-Kelip Di Kota London ini tidak mahu memberi butiran gerangan siapakah lelaki berkenaan secara terperinci kerana semuanya masih lagi awal untuk dicanang-canangkan.

Haliza mendedahkan, dia tidak mahu terburu-buru di dalam memikirkan soal cinta dan berpandangan bahawa usia bukanlah suatu alasan kukuh untuk memiliki cinta.

Saya Yang Pasti Dia Bukan Pendatang Haram, Dia Merupakan…” – Haliza Misbun Jawab Fasal Kekasih!

IKLAN

“Kenal-kenal tu adalah…Ya, dalam proses berkawanlah. Yang pasti dia bukan pendatang haram, dia merupakan jejaka berbangsa Inggeris, berasal dari Oxford, England. 

 

“Masih dalam proses berkawan dulu dan kalau boleh tidak mahulah terburu-buru” katanya jujur kepada MH.

Ditanya mengenai kisah peribadinya lagi, pelakon berusia 45 tahun ini turut memberitahu, dia tak pernah rasa tertekan dengan isu melibatkan perkahwinan memandangkan ia bukanlah sesuatu yang akan menggambarkan dirinya seorang individu. Dia hanya menjadi diri sendiri.

Jelasnya, perkahwinan bukan penentu sama ada dia akan menjadi individu lebih baik dan tak mahu terikat dengan status ditetapkan masyarakat.

IKLAN

“Tak mustahil kalau tiba-tiba dengar saya kahwin. Saya tak letak limit oh 25 tahun kena kahwin atau 27 tahun kalau ada anak kamu tidak akan sempurna sebagai wanita sebab tiada anak.

 

“Saya tidak pernah memikirkan sehingga macam tu. Mungkin itu adalah masalah atau tekanan kepada wanita lain, tetapi bukan saya,” akuinya lagi.

Saya Yang Pasti Dia Bukan Pendatang Haram, Dia Merupakan…” – Haliza Misbun Jawab Fasal Kekasih!

Dalam perkembangan lain, Haliza kini terlibat menerusi drama rantai terbaru menerusi drama rantaian berjudul Air Mata Syurga kini sedang ditayangkan di saluran HyppSensasi, Unifi TV.

IKLAN

Kongsi Haliza sebab utama dia menerima watak yang diberikan kerana jalan ceritanya yang menarik selain wataknya sendiri bukan suatu yang tipikal atau sesuatu yang klise terhadap pelakon senior sepertinya.

Selain Haliza, Air Mata Syurga turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Tasha Shilla, Elly Suriati, Afiq Muiz dan ramai lagi.

Foto: Instagram Haliza Misbun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI