“Saya Wanita Paling Beruntung,”- Genap Setahun Jadi Isteri, Yuna Luah Perasaan…

Share

Hari ini genap setahun ulang tahun perkahwinan penyanyi antarabangsa, Yuna dengan suami tercinta, Adam Yousof Mohamed.

Lantas, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai itu telah meluahkan perasaan gembiranya di Instagram.

“1 year anniversary for this Sinclair couple. I’m the luckiest girl ever to find a love as true and as silly as you. Now we can both go annoy people, together,” tulis Yuna.

Foto yang dimuat naik penyanyi lagu Crush itu tampak romantik bersama Adam dengan berlatarbelakangkan sunset.

Lalu, netizen mengucapkan tahniah diatas perkahwinan tersebut dan mendoakan agar hubungan mereka berkekalan.

Untuk rekod, perkahwinan Yuna menjadi bualan ramai kerana pelamin yang berkonsepkan pergunungan dalam taman bagaikan berada di kayangan.

Foto : Instagram Yuna, Carian Google

IKLAN