“Saya Usahakan Mak Saya Supaya Terus Solat Dan Alhamdullillah, Mak Kuat,” – Kesetiaan Abby Abadi Jaga Solat Ibu Yang Sedang Sakit, Undang Sebak

Share

Pelakon Abby Abadi beberapa hari lalu ada memuat naik foto ibunya terlantar lantas menyentuh hati netizen.

Perkongsian foto menerusi Instagram itu adalah berkaitan dengan rutinnya ketika menjaga ibunya yang sedang sakit.

Dalam entri berkenaan, Abby menceritakan status terkini ibunya serta usahanya untuk memastikan solat ibunya terjaga.

“Sy usahakan Mak Sy supaya terus solat & Alhamdullillah, Mak kuat. Saya Mandikan Mak. Bagi makan ubat, Inject insulin, Buatkan air, Suap makan Dan paling penting Jagakan solat Mak.

“Saya bagitau Mak, Tak dapat buat yg sunat, 5 waktu tu je suruh Mak jaga , Sebab itu yg pertama ALLAH akan tanya nanti Mak, Mak dengar je.

“Saya cakap lagi, Tiga perkara je yg buleh bawak mati Mak

1. Sedekah jariah kita

2. Ilmu yg bermanfaat yg kita ajar/kongsikan pada org lain

3. Doa anak yg soleh…Mak dengar jug.

“Dan Sy harap ALLAH kuatkan lagi, Kefahaman Mak tentang agama DIA, Amin. Sayang Mak sangat! Doakan Mak Sy kuat ye.

“Esok Mak nak kena tebuk lubang lain kat leher utk dialysis sbb lubang sedia ada takleh guna sbb ada darah buku menghalang huhu.. Doakan ye,” tulisnya.

Rata-rata netizen yang sebak dengan perkongsian berkenaan turut mendoakan agar kesihatan ibu pelakon Gerak Khas 2019 ini kembali pulih seperti biasa.

Foto: Instagram Abby Abadi

IKLAN