“Saya Tolak Tepi, Siapa Nama & Orangnya Tak Penting,” – Liza Hanim & Shila Amzah Tak Kisah Nyanyi Lagu Ciptaan Pendatang Baru Asalkan…

Share

Penyanyi, Liza Hanim mendedahkan dia sebenarnya tidak kisah untuk menyanyikan lagu hasil ciptaan penulis atau komposer muda asalkan karya tersebut memiliki kualiti yang tersendiri.

Menurut Liza, dia sebenarnya sangat terkejut bila pertama kali mendengar demo lagu Bahagiakan Dia ciptaan sepenuhnya penyanyi dan penulis muda, Alif Iskandar.

Bahagiakan Dia merupakan lagu duet hasil kolaborasi diantara Liza dan penyanyi popular, Sheila Amzah.

“Sewaktu kali pertama saya dengar lagu Bahagiakan Dia, saya tak tahu pun siapa yang cipta sebab saya nak tolak tepi semua perkara itu. Siapa nama dan orangnya itu tidak penting asalkan lagunya bagus.

“Bila dengar, saya memang dah tertarik. Saya cakap kepada pengurus saya yang lagu ini sangat sedap. Kemudian baru saya tanya siapa penulisnya. Bila pengurus saya sebutkan nama penciptanya, ternyata saya tak kenal kerana dia merupakan penulis muda.

“Pada saya, tidak kisahlah sama ada orang baru atau lama, asalkan lagu itu mempu memberi kesan, itu dah cukup bagus. If you’re good, you’re old enough. Mudah je bagi saya. Semua orang harus bermula disuatu tempat.

“Harapnya ini merupakan satu permulaan yang akan menaikkan terus nama Alif Iskandar. Kami amat bertuah kerana kami merupakan penyanyi pertama yang mendapat sentuhan yang kami boleh sifatkan sebagai karya agung daripada Alif Iskandar,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Syahrin Indigo ini juga berharap agar lebih banyak platform dan peluang dapat diberikan kepada komposer muda ini agar industri kita tidak ketandusan karya-karya yang berkualiti.

“Mudah sahaja, bawakan kepada kami material lagu yang bagus. Namun, kalau tiada peluang yang diberikan kepada pelapis-pelapis baharu ini, kita akan mula ketandusan karya-karya yang baik.

“Kesannya nanti terhasillah benda-benda yang mengarut dan semua penyanyi nak bawakan lagu cover.

Sementara itu, Sheila pula menyarankan kepada para komposer di luar sana untuk lebih mengutamakan kualiti di dalam penulisan mereka berbanding mengejar populariti semata-mata.

“Seperti kita tahu, zaman sekarang ini, aplikasi Tik Tok sangat popular. Kalau kita biarkan perkara ini berlarutan, semakin hilang karya-karya kompleks dan berat ini. Mereka akan lebih memilih untuk kejarkan lagu-lagu berdurasi tiga minit untuk dipasarkan di Tik Tok.

“Namun, saya tak kata itu satu kesalahan sebab pasaran di Tik Tok adalah untuk semua orang tapi kita kena tahu kedudukan kita di mana. Sebab itu kita kena jadi lebih bijak sebab zaman dah berubah,” ulasnya.

Sekadar informasi, Bahagiakan Dia juga merupakan lagu runut bunyi bagi drama terbaru yang berjudul, Cinta Hilang kata.

Muzik video lagu ini juga kini boleh ditonton di saluran Youtube Indigital.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Liza Hanim & Shila Amzah

IKLAN