Nampaknya isu merehatkan Lan daripada kumpulan Kristal bukanlah satu isu yang boleh dibuat main-main.

Lany yang bersih dari sebarang kontroversi tiba-tiba seakan tersepit di tengah kemelut yang melanda di antara mereka.

Melalui sebuah temuramah yang diadakan malam tadi, Lan memaklumkan pada semua dia akui kenyataan yang pernah dikeluarkan Rody apabila dia dikatakan tidak pernah berbincang dan memberitahu tentang penyertaannya ke program Gegar Vaganzar 4.

‘Saya Tidak Tahu Apa-apa, Sudah Menjadi Kebiasaan Untuk Kitorang’ – Lan

Bagaimanapun Lan bukanlah berniat untuk merahsiakan dengan sengaja. Tetapi baginya perbincangan yang seharusnya dilakukan selama ini sebenarnya tidak pernah wujud

IKLAN

“Memang saya akui tidak ada perbincangan apa-apa langsung dengan angota Kristal. Sebab bagi saya, isu perbincangan bersama rakan Kristal tidak pernah wujud.

 

“Kerana kebiasaannya apabila kami mahu lakukan sesuatu, memang tiada perbincangan ataupun persetujuan secara rasmi.

 

“Contoh selama 18 tahun kami bersama, kemasukan ahli baru yang menyertai kumpulan Kristal terjadi tanpa pengetahuan, perbincangan serta persetujuan. Tahu-tahu ada ahli baru,” jelasnya sewaktu sesi temuramah selepas selesai program Gegar Vaganza 4.

Menurutnya lagi, apabila bab menentukan konsep album, lagu dan sebagainya dia akui tidak pernah dijemput untuk menyertai diskusi walaupun sudah bergerak sendiri dan mempunyai hak untuk menentukan sesuatu.

Sebaliknya, Lan hanya akan dipanggil sebaik pihak tertentu mendapat kata sepakat dan punyai keputusan sahaja.

Bukan itu sahaja, Lan turut bersuara yang selama ini apa-apa program melibatkan penyertaan solo seperti apa yang Rody dan beberapa ahli kumpulan lain sertai langsung tidak pernah diberitahu dan berbincang untuk sertai event-event luar.

IKLAN

“Penyertaan rakan-rakan Kristal saya dalam mana-mana event luar atau stesyen TV, saya sendiri tidak diberitahu dan mereka tidak pernah berbincang untuk join semua event ini.

 

“Semua event yang back up artis saya tidak tahu apa-apa. Jadi, sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Saya pun tak kisah, saya pandang benda ini sebagai rezeki masing-masing.

 

“Saya ada keluarga, jadi saya perlu tahu bagaimana untuk survive dan ini adalah perancangan saya juga untuk buat projek solo,” jelasnya lagi.

Malah Lan turut membawa bukti yang menunjukan rakan kumpulannya Rody juga pernah melakukan projek solo tanpa pengetahuannya dua tahun yang lepas, 2015.

‘Saya Tidak Tahu Apa-apa, Sudah Menjadi Kebiasaan Untuk Kitorang’ – Lan

Lan turut menegaskan dia sering menjadi orang terakhir untuk mengetahui segala perkara berkaitan dengan kumpulannya.

IKLAN

Menurutnya lagi, sepatutnya Rody hubunginya secara peribadi dan bertanya terus padanya terlebih dahulu mengapa kenyataan tersebut keluar, kerana dia punyai jawapan sendiri. Namun tidak, sebaliknya Rody terus berkongsi secara terbuka.

“Nak kata bergaduh tu biasalah, saya anggap sebab kita nak membesar. Saya dah anggap mereka sebagai ahli keluarga. Ayah dia (Rody) sudah seperti ayah saya, dia didik kami seperti askar. Tetapi saya agak terkilan apabila saya sakit dan telantar di hospital mereka hanya telefon untuk tanya bila saya akan keluar kerana ada show yang perlu dilakukan. Tetapi saya masih simpan kerana anggap mereka sahabat,” jelasnya lagi.

Walaupun berat dan agak bersedih, Lan telah membuat keputusan untuk undur diri dari kumpulan Kristal kerana sudah tidak boleh teruskan lagi.

Malah, Lan turut harap ahli kumpulan tersebut hormati keputusannya itu.

Apapun MH harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan usahlah masing-masing mengeruhkan lagi keadaan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI