Categories: Uncategorized

‘Saya Tidak Dijemput’ – Respon Daphne Iking Tak Hadir Wedding Yuna, Betty

Share

Baru masuk bulan Februari, dah banyak cerita artis kahwin sampai ke telinga MH. Apa-apapun MH tumpang gembira melihat rakan-rakan selebriti mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing.

Cuma, yang tak enak dengar bila ada netizen yang mempertikaikan kenapa sesetengah selebriti tidak hadir ke majlis perkahwinan rakan artis mereka ini.

Semalam, MH ada terbaca di Twitter, personaliti TV, Daphne Iking yang menjelaskan mengapa dia tidak kelihatan di majlis resepsi rakannya, Yuna dan Betty Ahmad.

Pada MH, mungkinlah Daphne dah tak tahan asyik diasak soalan itu membuatkan dia memuat naik status tersebut di laman Twitter miliknya.

Kalau MH ditempat Daphne pun, tak kan nak hadir ke majlis tanpa dijemput kan? Nanti kelihatan ‘awkward’ pula.

Apa-apapun, mungkin Yuna dan Betty terlepas pandang jemputan majlis mereka pada Daphne, yalah…jadi raja sehari ini banyak persiapan yang perlu dilakukan.

Apa-apapun, MH harap netizen berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Daphne itu, benda yang dah lepas kenapa perlu dikenang?

Sumber: Twitter Daphne Iking

IKLAN