“Saya Tidak Berfikiran Jauh Sebelum Upload Video Tersebut,” – Ziarah Pusara Siti Sarah & ‘Upload’ Di YouTube, Aisar Khaled Minta Maaf

Share

Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai tindakan pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaleed yang didakwa tidak sensitif oleh sesetengah warganet susulan memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang melawat pusara penyanyi, Siti Sarah Raissuddin di saluran Youtube miliknya.

Video tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati ramai pihak yang merasakan Aisar seperti sengaja ingin mengambil kesempatan diatas pemergiaan bintang berkenaan.

Akur akan kesilapannya itu, Aisar kemudiannya difahamkan telah pun memadam video tersebut tidak lama selepas dimuat naik.

Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, Aisar mendedahkan dia mengakui akan kesilapannya itu malah turut menyifatkan dirinya juga tidak berfikir panjang sewaktu pembikinan video tersebut.

“As salam semua. Saya telah pon delete video tersebut. Saya mintak maaf sangat-sangat atas keluarga arwah dan juga tidak berfikiran jauh sebelum upload video tersebut.

“Won’t repeat it again. Mintak maaf ya semua. Minta Maaf lagi sekali saya sedar kesilapan saya,” tulisnya.

Permohonan maaf tersebut turut ditujukan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Siti Sarah lebih-lebih lagi buat suaminya yang juga merupakan pelawak, Shuib Sepahtu.

Aisar turut menambah, dia kini sedar akan kesilapannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.

Ciapan tersebut mendapat perhatian ramai selepas hampir 3,000 ulang selain turut dihujani ribuan komen daripada netizen.

Terdahulu, menerusi video berkenaan, Aisar dilihat turut sempat keluar daripada kereta yang dipandunya lalu meluru ke arah pagar perkuburan berkenaan.

Tidak lama kemudian, Aisar dilihat berpatah semula ke arah keretanya.

Selain aktif di media sosial, Aisar juga pernah membintangi beberapa drama antaranya Chandelier dan Lelaki Lingkungan Cinta.

Sumber: Twitter Aisar Khaled

IKLAN