Sudah menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga untuk memiliki cahaya mata sebagai penyeri mahligai cinta yang dibina.

Setelah hampir 6 tahun berkahwin bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh berkata mereka masih menanti untuk dikurniakan permata hati sebagai pelengkap sebuah keluarga.

“Saya Tiada Jawapan Bila Akan Dikurniakan Anak,” – 6 Tahun Kahwin Belum Ada Rezeki Timang Zuriat, Marsha Berserah Pada Allah SWT “Saya Tiada Jawapan Bila Akan Dikurniakan Anak,” – 6 Tahun Kahwin Belum Ada Rezeki Timang Zuriat, Marsha Berserah Pada Allah SWT

“Kalau sentuh tentang hal anak, masih belum ada lagi rezeki untuk ke arah itu. Insya-Allah kita doakan yang baik-baik sahaja.

“Malah saya tiada jawapan bilakah saya akan dikurniakan anak, hanya berserah sahaja pada Allah SWT.

IKLAN

“Dia Yang Maha Mengetahui. Cuma Dia sahaja yang tahu bila masa yang tepat dan sesuai untuk saya berpeluang untuk jadi ibu dan ada anak,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia 3 (AF3) ini menjelaskan, dia dan suami tidak merancang. Sebaliknya terbuka mengenai soal tersebut.

“Sejujurnya, saya dan suami memang tidak merancang namun untuk soal hamil itu semua dengan izinNya.

IKLAN

“Masa mula-mula kami kahwin, sebenarnya kami memang tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki awal dan kami memang berserah.

“Cuma belum lagi ada, harap semua sama-sama mendoakan agar saya dimurahkan rezeki untuk mempunyai anak sendiri, insya-Allah,” katanya.

“Saya Tiada Jawapan Bila Akan Dikurniakan Anak,” – 6 Tahun Kahwin Belum Ada Rezeki Timang Zuriat, Marsha Berserah Pada Allah SWT “Saya Tiada Jawapan Bila Akan Dikurniakan Anak,” – 6 Tahun Kahwin Belum Ada Rezeki Timang Zuriat, Marsha Berserah Pada Allah SWT

IKLAN

Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga ahli perniagaan itu pada 31 Disember 2015.

Bintang ini menjadi tetamu bagi episod terbaru Media Hiburan Throwback yang dihoskan Radin yang bakal bersiaran hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.

“Saya Tiada Jawapan Bila Akan Dikurniakan Anak,” – 6 Tahun Kahwin Belum Ada Rezeki Timang Zuriat, Marsha Berserah Pada Allah SWT

Foto: Instagram Marsha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI