“Saya Tetap Mahu Teruskan Perceraian Ini,” – Adira

Share

Penyanyi Adira akhirnya memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim dipanggil Datuk Red, hari ini.

Lalu memetik mStar, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat telah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Terdahulu, penyanyi Pujaan Hati itu difahamkan membuat permohonan cerai pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Menerusi prosiding yang berlangsung itu, Hakim Syarie Mohd Faizal Habib bertanya mengenai pendirian bintang tersebut dan kata Adira; “saya tetap mahu teruskan perceraian ini”.

Bagaimanapun Adnan ketika disoal Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi ada memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam sebelum ini dan prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pelantikan pegawai mahkamah, namun ia ditangguhkan.

Adira hadir ke mahkamah bersama peguam syarie, Siti Nur Zafirah Mohd Padzil dan Adnan hadir bersama dua lelaki dipercayai teman rapatnya.

Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Foto/Sumber: Instagram Adira/mStar

IKLAN