Pelakon Uqasha Senrose menyatakan rasa teruja apabila dipilih menjadi ‘muse’ seterusnya menyarung koleksi pengantin rekaan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun by Shanell Harun Creations pada tahun ini.
Membawa kelainan menerusi koleksi kapsul Gabrielle 2021 yang membawa pengaruh klasik Inggeris, busana indah dan mewah yang menampilkan bintang drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga dilihat sebagai satu pilihan yang tepat.
“Saya rasa teruja dan terharu menjadi individu pertama yang menyarungkan koleksi mewah dari Shanell Harun.
“Sejujurnya, saya rasa selesa dengan potongan busana dalam koleksi ini dan setiap perincian yang digunakan, bersesuaian dengan jiwa saya,” katanya.
Bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli, Uqasha turut memilih persalinan yang selesa tetapi pada masa sama tampak serba sempurna pada hari bahagianya kelak.
Ads
“Saya percaya setiap bakal pengantin impikan sesuatu yang terbaik, termasuk persalinan yang bakal disarung nanti sebagai raja sehari,” katanya lagi.
Sementara itu, Shanell Harun yang sinonim dengan mementingkan ketelitian, kekemasan serta kesempurnaan dalam setiap rekaan, menyifatkan pemilihan Uqasha adalah yang terbaik.
“Saya cuba mencipta kelainan menerusi koleksi ini dan bagi saya, Uqasha ialah bintang paling sempurna untuk ditampilkan sebagai wajah Gabrielle 2021.
Ads
“Koleksi ini diharap dapat memukau peminat fesyen tanah air menerusi pemilihan busana resepsi dengan gaya moden yang bakal menjadi trend perkahwinan pada tahun ini.
“Penggunaan fabrik renda Peranchis sebagai asas rekaan, berperincian minimal yang dipadankan bersama layah dan set berlian, pastinya membuat bakal pengantin tampil mempersona di hari bahagia mereka.
“Malah setiap awal tahun, saya akan mementaskan rekaan busana perkahwinan, namun tahun ini ia tidak dapat dilakukan akibat pandemik selain menyahut seruan kerajaan bagi memutuskan rangkaian COVID-19.
Ads
“Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk saya tidak terus bekarya. Bagi yang ingin melihat koleksi istimewa ini dengan lebih dekat, anda boleh jengah ke akaun Instagram rasmi,” katanya.
Dalam sesi penggambaran itu, Uqasha turut memperagakan barangan kemas bernilai lebih RM4 juta tajaan Habib Jewels.
Shanell ialah bekas pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Rekaan Fesyen) UiTM dan berpengalaman hampir sedekad dalam industri fesyen tempatan.
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemilik gerai atau restoran dibenarkan menerima pelangganuntuk makan dalam premis dengan jumlah maksimum dua orang pada setiap meja mulai hari ini.
Lalu, orang ramai berasa gembira dan menarik nafas lega dengan pengumuman itu terutamanya kepada golongan peniaga restoran.
Pelakon jelita Nur Risteena Munim misalnya turut berasa teruja dan gembira dengan pengumuman tersebut.
Pada masa yang sama, pelakon berusia 31 tahun itu menasihati agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
“Yeay! Esok dah boleh makan dekat restaurants. Macam2 dah craving ni. Korang nak pergi makan apa dlu esok? Heheh!
Tapi SOP tetap kena jaga okey guys!,” tulisnya.
Dalam pada itu, bintang filem Girlfriend Kontrak ini ingin memberi bantuan kepada orang ramai untuk memulakan perniagaan tanpa modal bersamanya.
“Sebelum tu jom join Ris buat bisnes TANPA MODAL. Ris tengah kumpul team untuk berjaya sama-sama.
“Korang nak tak buat bisnes, tapi tak perlu keluar modal? Jangan lupa follow @irisbeauty_hq,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Happy World Hijab Day 2021 Syukur Ya Allah, masih diberi kesempatan. This is my best decision ever, subhanallah.
“Semoga kita semua sentiasa istiqomah, inshaAllah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen pada posting di Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilannya dan turut menyatakan ‘alhamdulillah’ buat Ernie.
Terdahulu, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri membuat keputusan berhijab pada fasa penularan wabak Covid-19 melanda seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di negara ini buat pertama kali, Mac lalu.
Foto : Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...