“Saya ‘Terkezut’ Giler Sebab Tak Ada Sesiapa Bagitahu,” – Awie Masuk Konti Sinar FM, Erra Fazira Berterima Kasih

Share

Erra Fazira yang menggalas tanggungjawab sebagai rakan penyampai segmen Pagi Di Sinar di stesen radio Sinar FM selama sebulan di samping Angah, Jepp dan Rahim mendedahkan dia tidak tahu kejutan yang diterima apabila Datuk Awie diundang sebagai tetamu di konti.

Berkongsi di Instagram, bintang filem Hingga Hujung Nyawa itu terkejut dengan kehadiran rakan selebritinya itu.

“So sweet. Datuk @awieofficial turun buat kejutan di konti @sinar_my. Saya tekezut giler sebab tak ada sesiapa bagitahu ada tetamu dan tetamu tu pulak Abam Awie.

“Kejutan yang sweet sangat. Thank you korang, thank you Abam Awie memeriahkan pagi dan menambah lagi memori indah dalm lipatan sejarah. InsyaAllah ada rezeki bjumpa lagi. InsyaAllah ada rezeki kita bkejesama lagi,” tulisnya.

Erra pada masa sama turut menitipkan doa buat insan yang pernah hadir di dalam hidupnya itu.

“Meanwhile, saya doakan Awie diberi kesihatan yang baik, terus gemilang bersama kerjaya dan bahagia bersama seisi keluarga. Take care,” titipnya.

Menerusi beberapa foto dan video sedutan yang dikongsi Erra dan Awie turut mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di negara ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

IKLAN